PENGALAMAN MENAIKI JET SKI UNTUK ISLAND HOPPING TOUR DI LANGKAWI!

12:11 am

 Assalamualaikum gais. Salam bulan Januari! Hope korang semua sihat-sihat hendaknya.


 Baiklah kalini Kak Kelly dah move on dari trip kami ke Langkawi sebulan yang lepas. In Shaa Allah tahun 2022 ni tahun Kak Kelly and the gang melawat negeri di sebelah utara pulak. Langkawi Trip 2.0 bakal menyusul lagi dan kalini nak pergi tempat lain pulak.


Kak Kelly ni cepat lupa orangnya. Sementara masih ingat akan lawatan kami ke Langkawi, cepat-cepat lah update kat sini untuk kenangan. Bosan-bosan boleh baca balik kan. 


Hari ketiga kami di Langkawi, kami decided untuk buat aktiviti jet ski tour island hopping uolls. Untuk aktiviti kalini Kak Kelly boleh katakan yang kami ni buat 'kerja gila' tau. Takde masalah pergi cari masalah 😂.  Apa pulak masalahnya tu?


I will say that korang kena jaga jet ski tu ibarat motor kesayangan korang di darat. Tak boleh ambil endah, tak boleh terlampau suka sangat and always berhati-hati. Penat tau aku menahan perasaan takut kat sini. Siapa suruh booked kan? LOL 😂😂


Untuk jet ski ni Kak Kelly masih booked dengan Langkawi Go Tours sebagai agensi kami. Untuk pengetahuan korang, jet ski yang kami sewa ni sejenis Jet Ski Tour Island Hopping tau. Ada beza dengan jet ski for fun ke jet ski experience ke. Jadi apa bezanya?


Jet Ski Tour Island Hopping

Korang pergi Island Hopping dengan sewa jet ski tau. Bukan dengan naik boat sharing tu. Lokasi sama seperti Island Hopping cuma yang lebih menariknya ada tambahan beberapa tempat / pulau lagi kalau naik jet ski. Jet ski korang pandu sendiri dengan iringan tour guide.


Jet Ski For Fun / Jet Ski Experience

Ini untuk korang merasa pengalaman naik jet ski dan ronda sekitar pantai terdekat sahaja. Dia tak bawak korang pergi tour mana-mana sebab yang ni ada durasi 10 minit, ada yang 15 minit malah ada jugak sampai 30 minit mengikut agensi berlainan.


So korang faham dah kan beza antara dua jenis jet ski ni. 


Eksen duk atas jet ski tu 😂


By the way, Kak Kelly booked Jet Ski Tour 4 jam terus. Seperti biasa Kak Kelly sejenis kalau kau betul-betul nak enjoy naik jet ski ni iolls booked yang paling maksimum hours punya. Lenjan lah kau atas jet ski tu sampai puas. Dah bayar mahal-mahal kan manfaatkan masa yang ada. Dekat agensi yang kami booked ni ada 2 jenis tour tau. Ada 3 jam dan 4 jam. Beza di antara dua ni dari segi harga RM 50 sahaja.


Tour 3 jam cover sampai Tasik Dayang Bunting sahaja. Manakala tour 4 jam cover sampai eco lake, limestone rock pastu terus pecut ke darat semula. Cair akak atas laut tau. Satu jet ski untuk tour 4 jam berharga RM 550. Kami booked 2 unit jet ski sebab datang bertiga, satu unit boleh naik dua orang jadi total RM 1,100. Kus semangat tengok rega dia tapi nak merasa punya pasal jom ahh perabih duit. Kami bayar deposit RM 200 dulu untuk booked. Masa sampai kat sana baru bayar lagi RM 900.


Your money kan. You earn the money, you should spend it once in your life time. Duit boleh dicarikan. Pengalaman manis tu tak boleh dibeli. Pandai lah kau sedapkan hati ya hiks. Korang akan dibekalkan kasut getah khas untuk jet ski ni, air minum sebotol dan beg kalis air untuk simpan all your belongings such as beg duit ke, power bank ke handphone ke. Handphone akak, akak sangkut kat leher je. Jangan lupa beli casing waterproof untuk handphone, mana lah tau nak tangkap gambar atas jet ski ke. I did that so I pesan siap-siap.


Let's begin the tour!


Lokasi jet ski tour berada di Pantai Tengah Langkawi. Betul-betul sebelah Dash Resort. Selepas selesai pembayaran penuh, baru kami diberikan life jacket, wet shoes dan waterproof sling bag. Mula-mula ingatkan kami bertiga je pergi rupanya bersama dengan pelancong lain. Kalau tak salah yang dari Malaysia adalah dalam 7 orang termasuk kami, yang lain pelancong luar. Tapi kami bertiga je melayu ahaks. Kami berkumpul ramai-ramai untuk dengar taklimat keselamatan dari tour guide yang akan pimpin kami nanti, namanya Encik Ahmad.


Encik Ahmad and the team yang pimpin kami naik jet ski.


Disebabkan pergi bertiga maka Kak Kelly diberi jet ski untuk single rider. Aaaa cuaks ni. Dua orang sepupu Kak Kelly naik jet ski lain bersama-sama ahh mana aci. Siapa nak tukar-tukar bawak dengan aku nanti. Masa ni tahap keberanian gua 45% dah. 


Iolls punya kaler hijau yallss.


Semasa tour about to start, kitorang disuruh untuk test drive dulu jet ski ni. Kena warm up, cuba bawak sekeliling untuk serasikan diri. Kak Kelly jujur jelah eh memang berdebar masa ni sebab takut jatuh je.


Ada beberapa peraturan yang korang kena follow masa naik jet ski. Sebelum naik lagi korang akan diberi satu aggrement dan kena sign lah masa tu.


Antara isi kandungan dia : 

1) Jarak antara jet ski korang dengan jet ski orang lain kena 5 meter macam tu. Tak boleh dekat takut berlanggar. Kena elak lah.


2) Elak kan sampah kat laut tu, kalau nampak tu perlahan kan jet ski dengan cara lepas handle slowly. Jet ski takde brek tau. Risau sampah boleh masuk bawah enjin dan boleh menyebabkan kerosakan.


3) Tak boleh kona baring jet ski tu sebabnya boleh terbalik jet ski. Kalau jet ski terbalik, enjin boleh masuk air habislah kena bayar ganti rugi. Abang tour guide kata, korang jatuh takpe sebab ada life jacket. Jet ski terbalik air boleh masuk ke enjin and can cause damage. 


4) Jangan bawak terlalu dekat dengan pesisir pantai sebab ada terumbu karang. Again boleh rosakkan enjin jet ski.


5) Hati-hati bawak jangan sampai berlanggar dengan jet ski lain ke bot island hopping ke, cruise ke, macam kau bawak motor atas jalan lah kena hati-hati dengan kenderaan lain. Kalau tak hati-hati boleh accident.


6) Alert dengan group korang. Make sure alert dengan simbol yang diajar guide camna. Tanda berhenti, tanda ke tepi, tanda follow guide dan lain-lain. Paling penting korang kena dengar arahan tour guide betul-betul.


Menggigil sign form masa ni. What if ada benda jadi masa atas laut nanti? Mula lah aku fikir bukan-bukan dah masa ni. Rasa kena serang panic attack weh. Betul apa abang guide tu cakap, korang jatuh kat laut takpe jangan jadi apa-apa pada jet ski. Serius masa tu aku tak takut langsung dengan air laut sekeliling aku. Kak Kelly cuak kalau terbalik je. Ombak masa tu menduga langsung. Paling tak boleh belah time sedap laju pecut tetiba ada sampah kat depan tu, apa lagi brek mengejut lah Kak Kelly time tu. Kak Kelly lepaskan handle untuk 'brek' lah maksud dia.


Enough membebel. Jom kita tengok pergi mana dulu.


1) First stop at Diamond Island

Posing sikit sis.


This place call Diamond Island. Sebab pantai dia cantik dan jernih sangat. Pasir dia putih halus je. Kat sini boleh mandi-manda dalam masa 30 minit kut. Time ni jet ski Kak Kelly buat hal pulak tak boleh start. Rupanya bateri low daaa. Nasib baik belum jauh lagi tournya. Sempat lah abang tour guide patah balik tukar jet ski lain.


Termenung apa tu kak? Masa ni aku mengenang nasib, kenapalah aku amik jet ski tour 😂.


Satu lagi nama yang orang pulau panggil adalah Pulau Kentut Kecil. Aku pun tak tahu kenapa orang sini panggil gitu. Menurut abang guide, nama Pulau Kentut Kecil ditukar ke Pulau Diamond sebab nak nampak international sikit ah gitu. Nampak cantik sikit nama, katanya. Good to know. 


Duyong nak beranak.


2) Second stop at Pulau Singa Besar @ Eagle Feeding




Our second stop was feeding eagle at Pulau Singa Besar. Kalini abang tour guide ada bawak kulit ayam ya untuk beri helang makan. Memang Kak Kelly dapat menyaksikan sendiri helang tu turun sambar kulit ayam kat laut. Sini memang habitat burung helang pun.


The rest of the tour memang melawat pulau-pulau sekitar je. Time ni masing-masing keluarkan skill lah tu siapa lagi laju bawak. Kak Kelly bawak biasa-biasa je tak laju tak juga perlahan. Tapi ada satu mamat ni laju gila dia pecut. Aku cakap dalam hati, dia ni berani mati bethol. Mesti dah biasa bawak jet ski. Kita ni baru pertama kali memang terkedek-kedek sikit.


Sesiapa yang selalu bawak motor atas jalan raya tu Kak Kelly cadangkan cuba lah bawak jet ski atas laut pulak. Naik jet ski tak payah lesen pun. Orang tak pernah bawak motor pun dia boleh je bawak jet ski. Takut atau berani je.


3) Third stop at Tasik Dayang Bunting




Rasa macam tak percaya je yang aku berjaya jejak kan kaki ke Tasik Dayang Bunting ni. Selalu baca pengalaman orang lain je yang amek pakej Island Hopping tu. Kalau amek Island Hopping, Tasik Dayang Bunting ni lokasi wajib untuk dilawati.


Kat sini kitorang diberi masa 1 jam waktu tu untuk lepak-lepak dekat cafe ke, nak naik ke tasik untuk mandi-manda ke, main paddle boat, kayak ke. Masa kitorang pergi haritu tak merasa mandi pun kat tasik dia sebab abang tour guide kata by sekian sekian masa kena turun bawah balik untuk trip seterusnya. Sekali bila dah mengah-mengah turun bawah, walaupun lambat dah ni, ingatkan terus gerak rupanya tak pun. Ramai je pelancong lain tengah chil chil kat cafe bawah tu.


Kata abang tu lagi ada peserta lain dia amek tour 3 jam je dan Tasik Dayang Bunting ni last stop dorang. So dia bagi lah masa lebih sikit untuk peserta tu lepak kat sini. Ada boat akan pikap dorang lepas siap kat sini. Aku redha jelah.







Nak masuk Dayang Bunting kena bayar RM 3 sahaja. Korang akan diberi wristband macam ni. Other activities dalam tu bayar asing. Tak tahu lah berapa sebab kitorang tak main apa-apa aktiviti pun kat sana. Next trip Kak Kelly nak amek Island Hopping by boat jelah biar aku fokus kat sini sahaja.






Tasik Dayang Bunting yalls. Saje aku tanya adik yang keja situ. Mana satu gunung dayang buntingnya dik. Dia kata, saya pun tak pasti lah kak susah nak cakap dari sini. Pulak dah 😂. Apa-apa jelah dik. Takpe akak cari sendiri. Pastu mula lah aku berteka-teki sendiri.


Bergambar buat kenangan. Tanda Kak Kelly sudah jejak kat sini.


Selamat Datang ke Tasik Dayang Bunting. Life jacket kena sentiasa pakai ya. Nak mandi kat tasik wajib pakai.




4) Fourth stop Echo Lake

Selepas Dayang Bunting kami terus vroom vroom pergi tempat lain iaitu Echo Lake. Echo lake ni sebenarnya tasik bergema tau. Kalau korang jerit ke buat bunyi like ooooooo memang melantun suara korang.

Tak sempat amek gambar kat sini but more to videos je. 


Masa ni dah dapat rentak macam mana nak relaks masa bawak jet ski. Tu yang eksen semacam.





5) Round at Limestone Rocks

Kat sini tak berhenti pun just melawat limestone tengok batu-batu besar dia. Hati-hati bawak jangan kau pergi langgar batu dia pulak.


Lebih kurang macam ni lah, kena jalan tepi-tepi dia.


Selepas melawat ke limestone rock ni kami terus pecut ke darat. Dari sini nak ke darat semula jauh jugak. Adalah dalam 45 minit atas jet ski macam tu. Dan ini lah hasilnya selepas kau berjemur atas laut dengan cuaca panasnya.





Yes burn teruk tangan aku weh. Merah menyala. Kedua-dua tangan aku macam ni kesan merah dia. Time ni okay lagi. Dah malam sikit dia dah start rasa pedih-pedih. Terus pergi cari gel gamat untuk sapu kat sini. Until now walau dah sebulan masih ada kesan dia lagi. Takes time nak cerah ke asal.


In conclusion, berbaloi ke Kak Kelly kalau saya amek pakej jet ski tour ni? Yes berbaloi sangat if you love adventure activities. There is no turning back once kau dah bayar deposit. Kami bedal je walau takut-takut pun. Repeat? I think nope. Cukuplah rasa sekali seumur hidup. Sebab saya ni penakut yang amat. Siapa yang berani giler tu repeat lah puas-puas. Syukur lah takde benda buruk jadi semasa bawak jet ski ni. Tak mintak banyak. Mintak selamat pergi dan balik je tanpa sebarang accident.


Alhamdulillah selamat siapkan entri penting untuk korang. Hope entri Kak Kelly membantu korang nak pergi sana ya. Sebarang kekurangan harap dimaafkan. Sekian Terima Kasih.


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images