BEZA FOUNDATION DAN BB CREAM..

6:30 pm

Assalamualaikum semua.

  Siapa penggemar foundation kat sini? Kita sama. Siapa yang gemar memakai foundation hampir setiap hari? Kita serupa juga. Haha. Okey, tanpa melengahkan masa lagi, jom kita ke topik hari ini. Sebenarnya aku ada benda best nak share dengan korang hari ni. Hari ni aku nak cerita pasal beza antara foundation dengan BB cream!! Walaupun most of you dah tahu beza dia kan, tapi aku tetap nak share jugak. Sebab aku suka entri dalam blog aku ni lebih kepada daily tips for you, pasal mekap-mekap ke, pasal rutin penjagaan wajah dan rambut dan lain-lain. Apa-apa sahaja tips akan dikongsi kat sini. Untuk apa ya? Lah, untuk korang jugak. Hehehe.

FOUNDATION


  • Mula-mula sekali korang kena tahu, foundation ni bukan untuk memutihkan kulit ya sebaliknya fungsi dia ialah untuk menyamaratakan tona kulit yang tak sekata tu.
  • Tekstur foundation agak tebal sikit banding dengan BB cream, tapi sekarang ni yang aku perasan dah ada  foundation yang tekstur nipis.
  • Full coverage. Maksudnya, foundation ni boleh menutup parut jerawat, eyebag kat bawah mata tu and any imperfection kat muka kita.
  • Foundation ni ada banyak tona warna. Dari yang putih melepak sampai ke coklat gelap. Sebab kulit manusia ni macam-macam kaler. Apa yang penting, korang kene pandai pilih tona yang sesuai dengan kulit korang.
  • Kadang-kadang, ada sesetengah brand tu tak boleh pakai hari-hari. Contoh terdekat, Naturactor. Ramai pengguna Naturactor tak galakkan korang pakai hari-hari sebab tekstur dia memang tebal. Takut kulit lebih kering lak nanti. Ini berdasarkan apa yang aku baca kat blog orang lah.
  • Sesuai pakai if korang ada dinner anjuran company tempat korang kerja ke, reunion dengan member sekolah ke, nak kahwin nanti ke, shooting untuk majalah ke dan tengok keadaan.
  • Mudah untuk didapati di pasaran. Pilih aja jenama apa nak, colour yang sesuai dengan kulit muka dan harga. Yup, ni penting. Hehehe.


BB CREAM


  • Manakala BB cream pula, fungsi BB cream ni lagi best jika nak banding dengan foundation.
  • BB cream ni bukat setakat krim yang disapu kat muka tu aja malah BB cream ni ada pelbagai fungsi iaitu kat situ lah ada moisturizer, sunblock, primer, foundation, concealer, anti-aging dan lain-lain.
  • Bertindak juga untuk merawat kulit. Special kan?
  • Tekstur BB cream ringan sikit berbanding foundation.
  • Light coverage which is, bila korang pakai, muka korang tetap nampak natural macam tak pakai apa-apa. Tapi dia tak cover sangat lah korang punya parut-parut tu semua sebab tu it look natural. Dapat cover sikit lah.
  • Bagus lagi pakai BB cream compared dengan foundation sebab sometimes, pakai foundation pun boleh nampak cakey. Tak bestnya! We want to look natural right?
  • Tona warna dia agak terhad. Paling-paling minima pun ada dua warna aja. Aku guna brand Farmasi. BB cream dari Farmasi ada dua tona warna sahaja which is, Light to Medium, and Medium to Dark. Macam kulit muka aku pulak, aku boleh pakai kedua-duanya sekali dan ia sesuai dengan kulit muka aku. Untungkan orang yang berkulit beige ni.
  • Boleh pakai hari-hari. Ha, yang ini yang best ni. Korang boleh pakai BB cream ni ke kelas ke, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan ke ataupun bila-bila lah korang rasa nak pakai. Tak ada masalah. 
  • Muka korang rasa ringan aja ok? Tak berat pun.
  • Sama jugak, mudah untuk didapati dipasaran. Masuk Guardian aja dah boleh jumpa BB cream ni. Pilih lah brand apa yang korang rasa sesuai dengan korang.


  Berdasarkan info diatas ni, korang rasa mana lagi sesuai untuk dipakai? Pada pendapat aku, dua-dua best. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan sesuai dipakai mengikut keadaan yang berbeza juga. Siapa-siapa yang tak suka mekap tebal-tebal boleh aja pakai BB cream. Calit Lip Ice sikit dah siap. Begitu juga pada siapa-siapa yang nak kelihatan gojes (cewah, gojes kau) kat majlis-majlis penting, pakai foundation. Tu aje lah cerita kita harini. Nanti kat entri lain, kita cerita pasal vitamin pulak ya. Tenkiu semua.







You Might Also Like

31 comments

  1. saya pkai foundation ZFC..bes, tak menyebabkan jerawat.

    Salam perkenalan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga. terima kasih sudi baca blog saya.. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Izzatul. BB cream sesuai je dipakai oleh semua golongan umur. Tapi kecuali budak kecil lah kan. hehe.. Salam perkenalan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Sis, nak tanya. Kalau nak kekalkan lip tint atau lipstick kat bibir, better pakai foundation or bb cream? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Zaiyanna. Biasanya mekap artis akan guna concealer dear untuk bagi lipstick tu tahan lama. Awak boleh tgk cara dorang buat tutorial kat youtube. Hope dapat membantu.

      Delete
  4. Wahh info berguna. Thank you
    www.syimayusuf96.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Wahh info berguna. Thank you
    www.syimayusuf96.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Kalau pakai due2 sekali boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih salah satu je yunk. kalau pakai dua2 nanti dia block kulit dari bernafas

      Delete
  7. Kalau pakai due2 sekali boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih salah satu je yunk. kalau pakai dua2 nanti dia block kulit dari bernafas

      Delete
  8. I pakai BB cream from
    Laneige so far. Results dia not bad for my skin. Do I need to change my bb cream?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear. Good for you bb cream tu sesuai dengan you. Actually terpulang pada you sebenarnya nak tukar atau tak. Kalau u selesa terus pakai lah dear. Nak tukar pun boleh.

      Delete
  9. klau dah pakai moisturizer,lepastu pakai bb cream pulak. boleh ke?

    ReplyDelete
  10. klau dah pakai moisturizer,lepastu pakai bb cream pulak. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih menanti jawapan soalan ini..

      Delete
    2. Maaf lambat reply sis. Boleh sis, sebab ikut aturan skincare memang kene pakai moisturizer dulu, baru sunscreen and pastu pakai bb cream / foundation. Tujuan pakai moisturizer adalah untuk melembapkan kulit, memberi hydration ke kulit kita and also buat makeup tahan lama.

      Delete
  11. Jika dah pakai bb cream perlu tak lagi tuk pakai compact powder?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang pada puan untuk pakai atau tidak. Kalau nak nampak glowing tak perlu pakai, kalau nak nampak matte boleh pakai.

      Delete
  12. Jika dah pakai bb cream perlu tak lagi tuk pakai compact powder?

    ReplyDelete
  13. berguna sgt info....sbb tak tau beza bb cream dgn foundation cuma tau nk carik bhn yg nk pakai tp natural dan tak nampak topeng...😉

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Good info.. Tak sia² i google.. Sbb i pun tertanya apa beza bb and foundation nie.. Kadang i terfikir juga bole ke pkai dua² skali.. Btw. Thanks for info. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. I still keliru mana yg sesuai kat muka i. Sbb i jenis yg x suka makeup. Lau blh nak pakai apa2. Tenguk muka girl2 cina. No makeup kan.
      Aktif kerja luar. Ase2 mana sesuai ek.
      Bb krim at Fondation..

      Delete
    2. Kalau nak muka rasa ringan boleh pilih BB Cream. Sebab formula BB Cream ni mostly very light formulation. Kalau foundation ni die berat sikit dari BB Cream tapi sekarang dah banyak foundation yang 'ringan' di muka. Boleh cari nanti k.

      Delete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images