JENIS-JENIS BLUSHER..
5:53 pmAssalamualaikum.
Hai korang. Okey, hari ni nak share pasal jenis-jenis blusher pulak. "Eh, blusher pun ada jenis-jenis jugak ke? Bukan jenis compact aja ke yang ada?". Hehe. Ada lah dan kalau korang nak tahu, blusher pun macam mekap lain jugak ada jenis-jenis dia. Sebab tak semua blusher tu sesuai dengan kulit kita. Muka berminyak kena pakai yang mana, muka kering pulak sesuai yang mana. Tu semua penting tau. Aku suka tengok orang yang ada cheekbone ni. Bila senyum tu, timbul tulang pipi dia. Geram. Nak picit boleh? Haha. Sebenarnya, ada yang dah semulajadi ada pipi macam tu dan ada jugak yang menggunakan kuasa mekap untuk mendapatkan bentuk pipi macam tu. Nak pakai blusher pun ada teknik dia tau. So girls, I wrote this entry special for you.
COMPACT BLUSHER
- Blusher paling basic yang perlu korang tahu. Ni mesti semua ada kan?
- Blusher jenis ni sesuai untuk semua jenis kulit lagi-lagi kulit berminyak.
- Kena pakai dengan berus lagi kemas.
- Ada yang dalam bentuk single, ada jugak yang dalam bentuk palette. Palette lagi jimat.
- Ada macam-macam warna yang sangat cantik tak terkata.
- Kelemahan dia macam biasa lah, kalau dah jatuh terhempas tu, confirm pecah lah.
- Tapi tak semua warna blusher sesuai dipakai bila korang buat sesuatu aktiviti tu. Contohnya, kalau nak pergi kelas, warna soft pink, soft brown lagi sesuai sebab nak nampak natural kan. Pakai ikut keadaan lah.
POWDER/LOOSE BLUSHER
- Tekstur macam bedak tabur.
- Fungsi dia lebih kurang aja macam kat atas ni.
- Paling sesuai untuk kulit berminyak.
- Kelemahan dia ialah, kalau jatuh memang berterabur lah debu dia tu.
CREAM/MOUSSE BLUSHER
- First sekali nak bagitahu, cream dengan mousse ni dekat-dekat sama aja cuma tekstur mousse tu padat sikit dari cream.
- Kedua-duanya sesuai untuk orang yang kulit kering.
- Pada pendapat aku, cream blusher tak sesuai untuk kulit berminyak tapi kalau mousse ya sesuai.
- Sebab bila dah sapu kat pipi, dia cepat jadi bedak tau. Tau-tau aja tekstur dia kering kat tangan.
LIQUID BLUSHER
- Tesktur dia cecair.
- Terdapat macam-macam tona warna. Dari yang soft pink, dark pink, red sampai ke warna natural macam warna peach ke, light brown dan lain-lain.
- Apply sikit aja pun dah cukup sebenarnya, sebab kalau liquid memang tak yah banyak-banyak.
- Sesuai untuk kulit kering.
- Kalau sesiapa yang muka berminyak tu, nak cuba pakai ni pun tak ada masalah.
- Korang kena pandai pilih warna blusher yang sesuai dengan kulit korang tau.
TINT BLUSHER
- Biasanya kalau yang jenis tint ni dia 2 in 1.
- Dimana, kat situ lah pemerah pipi kat situ lah pemerah bibir. Sangat awesome.
- Sapu sikit aja untuk dapatkan warna natural.
- Kelemahan dia? Ala, sikit aja. In case lah kalau korang tak tutup rapat-rapat lepastu tertolak jatuh pulak, memang tumpah lah sebab dia jenis liquid juga.
- Orang Korea selalu pakai ni untuk dapatkan pipi yang merah.
BRONZER
- Ini lah rahsia untuk dapatkan pipi yang terbentuk tu.
- This is what we call as a contouring.
- Dah namanya bronzer, harus warna coklat macam kat atas ni.
- Untuk menaikkan tulang pipi, mula-mula kita kena countour dulu guna bronzer ni lepastu baru lah layangkan pemerah pipi.
- Kelebihan lain, korang boleh contour hidung, rahang, dan dahi. Lupa lah, rasa ada lagi ni.
Cukuplah korang tahu lima jenis ni dulu. Ada je yang jenis stick, pencil punya. Tapi yang aku faham yang lima ni aja dulu. Ha, lupa nak bagitahu. Sebelum korang apply blusher ni, korang kena kenalpasti dulu kulit korang ni tone warna apa. Sebab setiap warna kulit yang berbeza, warna blusher pun kena berbeza jugak. Korang tak faham eh? Tak apa, it's okay. Let me explain.
- Untuk kulit putih ivory, which is putih sangat dan paling cerah, warna blusher yang paling sesuai dengan korang ialah warna pink! Soft pink, brown pink and dark pink is suit you well.
- Untuk kulit kuning langsat pulak, which is natural, warna blusher yang paling sesuai dengan korang ialah pink juga. But, it has to be peach colour, baby pink, brown orange, and chocolate mocha.
- Manakala untuk kullit sawo matang pulak, which is beige, warna blusher yang sesuai untuk korang pula warna bronze, red plum, dark orange and soft brown.
- Akhir sekali untuk kulit hitam manis, which is tans, warna blusher that suit on you is peach colour, apricot, plum, coral and deep orange.
Kalau nak rasa cantik, first sekali jangan sesekali rasa rendah diri. Cakap diri ni tak cantik lah, tak cun macam orang lain lah. Salah tu. Setiap orang ada kecantikan dia yang tersendiri. Mungkin mata kita tak nampak tu semua tapi hati kita sendiri yang menilai kecantikan seseorang. Sama ada dari segi attitude ke, appearance ke. Betul tak? Sama ada nak menilai secara positif atau negatif bergantung pada diri masing-masing lah. Biasalah. Nobody is perfect, right? Yang penting, sentiasa yakin dengan diri sendiri. Hati tu paling penting, kena jaga. Maaf cakap, kalau cantik pun tapi hati tu sentiasa dengki dengan orang lain, penuh amarah, cepat berdendam, tak kemana tau. Kecantikan yang ada pun hilang macam tu aja. Ingat ya! Aku berhenti kat sini dulu lah. Akhir sekali, aku nak minta maaf kalau sepanjang aku menulis entri ni atau entri lain-lain tu ada terguris hati ke, mohon maaf sangat-sangat. Terima kasih semua.
0 comments