TIPS UNTUK HILANGKAN PARUT JERAWAT..
7:40 amAssalamualaikum.
Okey haritu aku dah cerita pasal jerawat kan? Kali ni aku nak cerita pasal parut jerawat ni pulak. Hari-hari aku tengok muka aku kat cermin, geram betul tengok parut ni. Tak tahu lah bila lagi nak hilang bersih macam muka orang lain. Korang pun ada masalah macam aku jugak ke? Oleh kerana itu, aku google lah cara nak rawat masalah muka ni. Aku dah jumpa beberapa tips yang selama ni aku buat tak tahu aja. Mungkin kali ni kalau kita try sama-sama, In Shaa Allah menjadi. Aku dah penat lah nak pakai gel jerawat tu semua, tapi tak menjadi pun. Duit pun terbang macam tu aja. Kalau guna petua tradisional ni mungkin tak ralat sangat sebab kos nak dapatkan benda ni semua sangat murah banding kita beli produk mahal-mahal tapi tak jalan jugak. Sama aja aku tengok. Sedih.
1) Serbuk kayu manis bersama madu:
- Untuk memudahkan korang, korang beli aja serbuk kayu manis kat kedai kalau tak nak tumbuk.
- Amik satu sudu serbuk kayu manis tu campurkan dengan 3 sudu madu.
- Kacau ia sampai sebati dan likat.
- Then, kalau aku, akan nak ikut macam Michelle Phan buat.
- Lepas dah campur cinnamon dengan madu, pergi panaskan kat dalam microwave selama 30 saat.
- Dah siap dan rupa dia macam coklat cair.
- Sapu kat area parut jerawat tu. Seronok what, macam pakai masker aja.
- Biarkan selama 20 minit.
- Lepas tu cuci dengan air suam.
- Let say, kalau korang nak tidur dah, sapu masker ni dan biarkan semalaman.
- Esok bangun pagi, cuci bersih-bersih ya.
- Amalkan setiap hari.
2)Serbuk kayu manis dengan bedak sejuk:
- Amik 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk.
- Bedak sejuk tu korang agak-agaklah nak banyak mana.
- Mix together with plain water.
- Sapu rata kat muka dan biar semalaman.
- Esok bangun pagi cuci bersih-bersih ya.
- Cara ni kurang pedih sikit banding kalau pakai cinnamon dengan air sahaja.
- Amalkan setiap malam.
3)Timun:
- Amik timun dan korang blend.
- Tapis dan asingkan hampas dia dengan jusnya. Sebab dua-dua ni sangat berguna tau.
- Hampas timun tu korang sapu kat muka tu dan biarkan selama 30 minit atau sampai kering.
- Cuci muka dengan air suam.
- Manakala jus timun tadi, korang leh rendamkan kapas muka dalam jus tu dan perah jangan sampai meleleh aja. Dap-dap macam tu aja kat tangan.
- Lepastu sejukkan kat freezer.
- Dah siap dan keluarkan korang letak kat mata korang.
- Untuk perawatan mata jugak tau. Students selalu tidur lewat. Bawah mata tu mula lah hitam.
- Mata juga nak rehat okey. So, amik masa untuk rehatkan mata pula. Sian mata. Kan mata?
4)Daun lidah buaya:
- Super easy.
- Kat rumah korang mesti ada tanaman ni kan.
- Potong daun lidah buaya ni dan sapu macam tu aja kat muka.
- Biarkan sampai kering lepastu bilas macam biasa.
- Boleh pakai hari-hari juga.
- Bagus untuk kulit muka, bagus juga untuk rambut.
Dalam banyak-banyak petua kat atas ni, aku paling suka campuran cinnamon dengan madu tu. Rasa macam best kalau guna. Jom kita buat sama-sama nak. In Shaa Allah harap menjadi lah.
0 comments