JENIS-JENIS EYELINER..

1:50 pm

Assalamualaikum.

  Siapa kat sini suka pakai eyeliner? Kita geng lah. Siapa kat sini bukan setakat suka aja, tapi dah jadikan eyeliner tu sebagai bestfriend korang? High five, girls. Okay, let's jump into the topic! Hari ni aku nak cerita pasal jenis-jenis eyeliner yang banyak berada dipasaran sekarang ni. Mesti most of you dah tahu jenis-jenis eyeliner kan tapi aku tetap nak kongsi kat sini sebab aku sendiri penggemar eyeliner and it is based on my experienced. Aku memang mempunyai mata yang sepet so, eyeliner is my bestfriend. 

PENCIL EYELINER


  • Eyeliner paling mudah dan ia paling basic.
  • For those yang baru nak belajar pakai eyeliner, anda digalakkan pakai yang jenis ini.
  • Shaky-hand? Don't worry my dear. Practise make perfect.
  • Colours? Zaman sekarang ni eyeliner pun dah ada macam-macam warna. 
  • Eyeliner jenis ni memerlukan sharpener untuk asah mata pencil yang dah tumpul tu.
  • Hati-hati pakai, kang nanti tercucuk mata ada yang menangis kang.

EYELINER PULAS


  • Aku tak tahu lah nama commercial dia, tapi aku panggil eyeliner pulas.
  • Sebab memang fungsi dia memulas ajalah. Kalau dah tumpul, pulas aja. No need to sharp.
  • Untuk newbies, boleh aja nak belajar pakai jenis ni tapi kelemahan dia ialah dia cepat patah.
  • Bila asyik patah aja rasa banyak bazir kat situ.
  • Aku suka Avon Glimmersticks sebab warna dia memang tahan lama dan pekat.
  • Mudah untuk dicuci tapi kena pakai make-up remover lah.
*new updated



LIQUID EYELINER


  • Eyeliner ni jenis cair punya.
  • Jangan risau, once you apply into your eyes, it will dry quickly.
  • Aku pernah pakai eyeliner jenis ni dan ia tak mudah comot
  • Tapi kalau korang gosok dengan tangan, ia cepat tanggal hilang pi mana tak tau.
  • Tau-tau aja mata sebelah ada eyeliner, sebelah lagi tak dak dah.
  • Kalau nak buat cat eyes, sesuai sangat pakai ni.
  • Tak sesuai pakai kat bawah mata sebab ia sejenis cecair kan.
  • Kalau nak pakai kat bawah mata, kene guna yang pulas, pensil atau kajal.
  • Eyeliner ni cepat kering so lepas pakai, korang tutup rapat-rapat tau.

MARKER EYELINER


  • Sejenis marker which mean, korang hanya perlu gariskan kat mata macam tu aja.
  • Kelemahan eyeliner ni sama jugak macam liquid tadi, ia cepat kering kalau korang tak tutup rapat-rapat.
  • Tak sesuai pakai kat bawah mata.
  • Nak buat cat eyes pun cantik.
  • Senang cerita, fungsi dia lebih kurang sama aja dengan liquid eyeliner tadi.
  • Aku belum pernah jumpa lagi warna lain selain hitam. Even coklat pun belum jumpa lagi.
  • Tengok brand jugak, ada yang waterproof ada yang tak.

GEL EYELINER


  • My favourite.
  • Sejenis gel dimana korang kene pakai berus untuk apply kat mata korang.
  • Biasanya berus memang disediakan.
  • Tahan lama.
  • Kelemahan dia cepat kering gak kalau tak tutup betul-betul.
  • Paling menjimatkan sebab apply sikit aja dah terang warnanya.
  • Boleh tahan berbulan-bulan compared dengan eyeliner jenis lain.
  • Biasanya eyeliner jenis gel ni waterproof sebab aku pun pakai yang jenis gel jugak.
  • Memang susah nak cuci dengan air, kena cuci dengan make-up remover jugak.
  • Kalau rasa nak pergi tengok wayang yang ada scene meleleh air mata tu, fikir banyak kali lah dulu sebelum pakai yang gel punya.
  • Aku paling suka pakai gel sebab boleh bagi sapuan nipis sebab aku tak suka pakai tebal-tebal.

KAJAL EYELINER


  • Kajal ni macam jenis krim lah.
  • Boleh jadi comot kalau tak tahu pakai.
  • Ha, yang inilah sesuai pakai kat bawah mata tu kalau korang tak kenal rupa kajal macam mana.
  • Orang Arab selalu pakai celak ni sebab asalnya pun dari sana.
  • Ni pun kalau nak menangis tu, agak sememeh jugaklah jadinya mata korang nanti.


  Berdasarkan penerangan diatas, mana satu favourite korang? Kalau aku, aku suka pakai gel dengan yang pulas tu. Ada enam jenis eyeliner kat atas ni dan empat darinya aku dah pakai. Cuma kajal dengan marker aja aku belum cuba lagi. Tapi yang kajal tu aku takut sikit lah nak pakai. Tak tahu kenapa. Baru enam jenis aku jumpa tapi tak mustahil lah kan dengan teknologi zaman sekarang ni maybe akan wujud lagi banyak jenis eyeliner. Sekarang ni eyeliner dah ada banyak warna tau. Korang sebut aja warna apa nak semua ada. Lagi-lagi yang gel eyeliner tu kalau dapat macam-macam warna boleh buat eyeshadow base lagi. Lip liner yang warna merah tu pun aku pernah pakai kat mata tau. Macam pelik aja kan. Okey lah. Jumpa lagi.


*Korang, korang. Kita dah tahu dah nama eyeliner pulas tu apa. Kita panggil dia sebagai rectractable eyeliner. (12/Jan/2014)




You Might Also Like

2 comments

  1. Miss tumpang tanya ya saya baru je beli eyeliner maker semalam tapi hari pakai dah tak pekat.So any tips?Some says layur atas bahang api.Tapi tak rosak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak. Maaf lambat reply. Thanks sudi baca blog saya. Sebelum tu nak tanya, awak pakai eyeliner brand apa ya? Saya pun tak pasti pasal layur atas bahang api ni sebab saya tak pernah buat. Saya cuma dapat cadangkan awak try Maybelline Hypersharp Liner.. Dia sejenis marker jugak. Setakat ni saya pakai puas hati lah. Ni masuk bulan kelima still bertahan lagi kepekatan dia tu. Itu pon depends lah tiap2 hari ke awak pakai. Saya boleh dikatakan hampir setiap hari pakai. Sorry tak banyak membantu dalam tips ni. But bagus jugak soalan awak tu. Saya pun baru terfikir. Tak apa nanti saya try cari tips then In Shaa Allah kalau ada masa saya share kat sini..Hehe

      Delete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images