RED VELVET CAKE SPECIAL FOR YOU!!

8:09 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


  Hari ni aku nak update mengenai resepi kek velvet ni.Orang kata sedap,tapi aku belum rasa lagi.Memang aku akan cuba sesuatu yang baru tentang manisan dan lebih molek lagi kalau kita buat sendiri kat rumah.Resepi dah ada,jalan lah apa lagi.Jom kita buat.

Bahan A- Untuk diayak
1)250 gram tepung kek
2)1 tsp baking powder
3)1/2 tsp garam
4)2 tsp cocoa powder

Bahan B- Campur dan kacau sebati
1)240 ml buttermilk
2)2 tbsp pewarna merah

Piliha kedua.Sekiranya korang tak jumpa buttermilk ni,korang boleh gantikannya dengan 240 ml susu segar dan 1 tsp cuka.Campur kan kedua-duanya.Biarkan sebati selama 10 minit.

Bahan C
1)113 gram butter
2)300 gram gula kastor
3)2 biji telur gred A
4)1 tsp esen vanilla

Bahan D
1)1 tsp cuka masakan
2)1 tsp baking soda

Topping-Cream Cheese Frosting
1)227 gram cream cheese Philadelphia
2)227 gram mascarpone
3)1 tsp esen vanilla
4)1 cawan gula ising
5)360 ml whipped cream

It's time..

  Dimulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW,semoga kek yang kita buat ni menjadi dengan izin-Nya.

1)Pukul butter selama 3 minit.Kalau boleh biarkan butter ni dalam suhu bilik dulu atau korang boleh potong butter dalam bentuk kiub-kiub kecil.Pukul sehingga kembang.

2)Lepastu,masukkan gula kastor dan pukul lagi selama 3 minit atau lebih.

3)Masukkan telur satu persatu dengan cara pecahkan telur pertama dan pukul selama 2 minit.Lepastu masukkan telur kedua dan pukul selama 3 minit.

4)Masukkan esen vanilla dan pukul selama 1 minit.

  Semua yang diatas ni merupakan bahan c.Jangan pening sudah.Kiranya korang kena 'kerjakan' bahan c ni dulu.

Bahagian yang paling penting ni..Baca..

1)Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang-seli.Mulakan dengan bahan A dan diakhiri dengan bahan A juga.Campurkan dengan kelajuan perlahan.

2)Dalam bekas kecil,masukkan bahan D iaitu cuka dan baking soda bersama.Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi berdesir.Tuang ke dalam adunan dan kacau sebati.

3)Lepastu tuang dalam loyang.Buat dua bekas sebab nanti kita nak sapu krim.

4)Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.

5)Lepas dah masak biarkan dulu kek dalam ketuhar selama 1 jam.Nak kek cantik kena buat camtu.Jangan banyak songeh.

Sementara nak tunggu kek siap dimasak,jom kita buat cream cheese dia dulu.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese pulak.Tengok eh..
1)Macam biasa lah biarkan  cheese tu dalam suhu bilik dulu.


2)Lepastu,pukul cheese  dengan mascarpone sehingga kedua-duanya kembang.Agak-agak dalam 5 minit cukuplah.

3)Lepastu,masukkan esen vanilla dan gula ising.Putar lagi sampai sebati.

4)Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama 2 minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.Kalau nampak cair korang masukkan dalam peti sejuk dulu tau.

Cara nak hias kek.

1)Ambil kek tu kalau boleh potong.Kalau takut kek tu berderai ke senang je.Kan tadi aku suruh buat 2 bekas kan?Double kan je.

2)Kek dalam bekas pertama letak kat pinggan.Lepastu amik krim sapu kat atas kek tu pastu amik kek dalam bekas kedua letak je atas kek yang dah sapu krim tu.Lepastu amik krim tu sapu keliling kek tu.Mudah je kan?Yang pastinya sedap.Nak tengok hasilnya?Nah..untuk awak..



Itu lah serba sedikit untuk pengkosian hari ini.Sebenarnya resepi ni pun aku amik kat blog orang lain.Nak cari kat google pun kekadang mengarut-ngarut je lebih sampai ada yang aku tak faham.Bila aku baca blog orang ni aku cepat faham dengan cara tulisan dia.Sempoi-sempoi je apa yang dia tulis.Senang nak faham.Thanx Irma..

  Sebenarnya otak aku ada menjana idea ni.Selain kek merah ni aku cadang nak buat blue velvet cake.Resepi yang sama cuma kena tukar pewarna je..Atau ini..
RAINBOW VELVET CAKE.Haha..gila kan idea aku.Yang penting sekali ni aku memang nak bagi mak aku rasa dulu kek yang aku buat.Biar dia komen camna lepastu baru lah aku ada berani nak makan pulak.

 Terima Kasih bebanyak sebab korang sudi ambil masa untuk baca entri ni.Ni merupakan entri pertama aku untuk bulan Februari.Jumpa lagi.

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images