RESEPI MEXICAN BUN YANG SEDAP UNTUK ANDA SEMUA!!
10:17 pm
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Okey untuk entri kali ini,aku ingat aku nak share dengan korang semua resepi Mexican Bun. Apa benda tu?Mexican Bun ni sejenis roti berperisa kopi.Isi di dalam ada mentega. Sedap memang sedap dan lagi bagus sesuai untuk makan waktu minum petang.Roti ni korang semua boleh dapatkan di Rotiboy.Murah aja.RM2.00 aja harganya.Yang bagusnya resepinya tu tak ada lah susah mana.Tak susah pun.Korang sendiri boleh buat di rumah. Tapi resepi bukan lah aku dapat dari Rotiboy,aku amik kat dalam majalah.
Bahan-bahan:
Untuk Roti:-
1)500 gram tepung protein tinggi
2)100 gram gula kastor
3)60 gram mentega
4)40 gram lemak sayuran(marjerin yang rendah lemak tu,boleh pakai jenama Naturel)
5)5 gram garam
6)20 gram ibu roti(yis)
7)3 sudu besar susu pekat*
8)210 ml air ais(ais yang dah cair tu amik air dia)*
9)2 biji telur gred A*
Untuk Toping Roti:
1)240 gram mentega
2)140 gram gula kastor
3)3 biji telur
4)180 gram tepung gandum
5)1 sudu teh esen kopi
Campurkan semua bahan ni,aduk sehingga sebati dan masukkan ke dalam piping bag.
Ketepikan ni dulu sebab ini proses yang terakhir.
Untuk Inti Dalam Roti:
1)70 gram gula perang
2)200 gram mentega
3)1/2 esen vanila
Untuk buat inti ni korang kena pukul mentega menggunakan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.Masukkan esen vanila dan gula perang dan pukul lagi selama 1 minit.Dah siap,masukkan ke dalam peti sejuk sehingga dah ready guna benda ni.That's mean nak guna inti lepas korang dah siap buat rotinya lah.
Okey manakala cara nak buat roti dia pulak macam ni,ingat lagi bahan-bahannya?Ada kat atas tu.Cuma baca saja.Nak catit pun boleh tak nak pening kan..
1)Mula-mula masukkan bahan-bahan berair seperti susu,air ais dan telur(bahan yang bertanda *) dan pukul dengan mixer sehingga sebati.
2)Lepas tu,masukkan semua bahan kering kecuali mentega dan lemak sayuran.Dua benda ni jangan masuk dulu ya.Pukul bahan kering tadi selama 10 minit dengan kelajuan rendah.
3)Kemudian barulah masukkan mentega dan lemak sayuran ni.Kacau sampai agak-agak dah rata.Jangan guna mixer sebab nanti tersekat-sekat.Kang naya aje.Biarkan doh ni kembang dalam masa 1 jam.
4)Lepas tu timbang setiap doh 60 gram.Tak pun agak-agak lah nak besar mana.
5)Leperkan doh tu dan amik inti yang kita dah buat tadi letak kat doh leper tadi.Lepas tu bulatkan balik dan biarkan kembang.
6)Amik toping yang kita dah buat dan masukkan dalam piping bag tadi,korang paipkan kat atas doh yang korang dah bulatkan tadi.Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.
Dah siap!
Lepas tu boleh lah hidang untuk minum petang.Makan masa tengah panas-panas oohh teramatlah sedap.
Kesimpulannya apa yang aku dapati dalam bahan-bahan nak buat roti ni memang kena pakai banyak mentega.Kalau mentega kurang tak sedap lah der.Tak rasa nikmat lemak dia tu.Tambah dengan perisa kopi dia.Perghh,,,sedap nok..
Okey lah itu sahaja untuk entri kali ini.Lepas ni korang boleh lah cuba sekali.Boleh juga bagi kat anak-anak korang ke,laki korang ke,mak bapak korang ke,sedara mara korang ke.Eh apa punya banyak ke lah..Jumpa dalam entri seterusnya.
Salam sayang..
0 comments