BURGER BAKAR ABANG BURN MEMANG SEDAP DAN BEST GILER!!

4:09 am

Assalamualaikum semua.


 Hari ni aku nak citer dengan korang mengenai makanan pulak. Sebelum ni, asyik citer pasal mekap lah, fesyen lah. So, kali ni khas nak citer pasal Burger Bakar Abang Burn yang tengah hot dan meletup sekarang ni. Aku dah rasa burger abang burn ni. Memang sedap gila. Confirm nak lagi. Ni pun baru lepas makan lagi. Tetiba tekak ni teringin nak makan burger keju.

 Lokasi Burger Bakar Abang Burn ni kalau kat area Shah Alam dekat Pusat Komersial, Seksyen 7 tu aje. Deret SevenE, so senang sangat nak cari. Lain-lain tempat aku tak pasti kat mana. Tapi korang boleh refer kat FB page dorang lah ya. Kalau korang nak cari burger bakar yang sedap, setakat ni aku memang suggest kat korang makan kat sini. Bagi yang baru nak try rasa burger ni, sangat digalakkan okey. Confirm korang tak kan menyesal.

 Masuk ni dah kali ketiga aku makan burger bakar ni. Daging burger tu Abang Burn and the family yang buat sendiri tau. Homemade gitu. Aku agak lah sebab daging dia lain sikit compared dengan burger yang lelain. Patutlah sedap sangat. Pulak daging dia tebal okey. Sekali makan je memang dah kenyang dah, dan ada setengah orang yang sampai tak habis makan. Itu aku tak tahu lah siapa orangnya. Tapi kalau aku, memang licin burger bakar ni aku kerjakan. Okey lah. Membebel panjang pun tak boleh gak kalau korang sendiri tak tengok macam mana rupa burger tu. Meh sini tengok rapat-rapat.


amacam? Meleleh air liur tak tengok burger ni? Of course lah. Ada keju okey? Aku memang peminat keju nombor satu tau. Nama komersialnya BEEF ORI CHEESE. Harga RM8.50 kalau nak dengan keju. Tapi sekiranya korang tak suka keju, boleh aje mintak yang without cheese punya. Harga RM7.50.


okey yang ni pulak MEATBALL ABANG BURN. Yang ini memang sedap gila. Serius. Dah dua kali aku makan, dua kali licin. Licin tu memang lah licin sebab yang makannya 3, 4 orang. Kalau aku sorang je makan baru pecah rekod yang licin tu kan. Lepastu kena berebut pulak dengan adik aku. Tak berebut mana sebenarnya. Cuma lepas aku makan tu, of course lah tinggalkan sikit untuk adik aku kat rumah tu. Kang dia merajuk payah.



Memang tak mengecewakan. Sedap gilos okey. Bila korang beli ni, korang akan dapat 10 biji meatball dan sedikit cheesy wedges. Cheese kau campur dengan mushroom brown sauce memang terangkat lah wei. Siyes sedap. Rugi kalau tak rasa. Aku memang amat-amat cadangkan korang yang mana peminat setia meatball ni, cubalah rasa yang ini. Confirm tak kan menyesal. Oh ya! Berharga RM9.90 tau.


okey yang ini pulak burger ayam percik. Abang burn cakap special sempena bulan puasa ni. Wah, macam ni lah baguskan. Macam-macam menu baru ada. Tapi yang ni aku tak rasa lagi lah. Sebab baru aja dapat tau tadi. Nanti nak berbuka kita pi lah try rasa eh.

 Sebenarnya banyak lagi menu dia, tapi aku tak ingat sangat. Yang aku ingat ada kambing bakar abang burn lah. Yang tu aku tak pernah rasa lagi. Sebab bukan hari-hari aku makan burger ni. Aku makan nasi je. Agak-agak tetiba teringin, turun bawah je pergi kedai dia. Senang cerita, apa-apa hal korang nak tau pasal burger bakar ni, korang just refer aja pada page dorang kat FB eh. Ni, aku kasi link. https://www.facebook.com/abangburn LIKE sekali tau. Okey lah korang. Nak blah dah ni. Jumpa lagi.

Take care, korang!



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images