ICE-BLENDED!
4:00 amAssalamualaikum semua.
Baru aje post pasal wardrobe, terus ada idea nak menulis lagi. Apa kemaruk nak menulis ni wei? Bukan apa, lately ni makin banyak idea aku datang nak menulis kat sini. Padahal kengkadang tu apa topik sangat lah yang nak ditulis tu. Topik yang beberapa orang je sudi baca. Harap-harap entri aku tak membosankan korang lah dan In Shaa Allah aku akan share everything about beauty, food, fashion, make-up, vacation, shopping and products review kat sini.
Kali ni nak citer pasal ice-blended lah. Siapa kat sini suka minum ice-blended (awal-awal lagi dah angkat tangan)? Aku tahu kat sini semua suka minum kan? Kalau ada yang tak suka minum tu it's okay lah. Apa boleh buat. Tapi bagi korang yang suka minum tu, ni yang teruja nak citer ni.
Aku memang suka minum ice-blended ni. Sebab ada macam-macam perisa. Padahal kalau jus biasa pun ada aja macam-macam perisa. Sebab kalau tak ada pada jus, tak kan ada sesuatu perisa tu kat ice-blended pulak. Beza kat sini air tu dikisar sekali dengan ais tau. Tu sebab sejuk gilos sampai pening kat kepala ni. Apa orang kata "freezing" ? Dengar macam tu lah.
Kebiasaannya, kalau pergi mana-mana kan kalau aku nampak kedai jual ice-blended ke waffle ke, mesti nak try jugak. Sebab aku memang suka rasa ice-blended lain-lain kedai ni. Suka nak bandingkan pun sebabnya. Mana tau kedai yang ini lagi best dari yang itu. Kedai yang itu lagi sedap dari yang ini. Dari yang murah sampai yang ke mahal. Yang mahal tu kengkadang macam tak boleh terima gak. Ingat kalau mahal, rasa ice-blended dia memang superb. Sekali dah minum, rasa biasa aja. Tak gempak mana pun. Sedap lagi yang murah punya. Tapi nak try punya pasal kan. Terbang duit aku (setakat ice-blended aja kau nak berkira ke Jah oi).
Perisa fevret aku? Sudah semestinya coklat okey. Meh tengok gambar sat. Nak bagi korang terliur ni (awas, jangan tengok time tengah puasa).
ngee.. Sedapnya wei. Tetiba rasa nak pergi beli pulak. Ni memang fevret gila-gila ni. Credit to http://kitchendblendz.blogspot.com/.
aku rasa suatu hari nanti nak cuba lah caramel ice-blended ni. Nampak macam sedap lah. Ada sesiapa dah rasa ke? Lagipun macam jarang lah pulak nampak kat kiosk kecil tu. Selalu caramel ice-blended ni kat Starbucks ada lah.
Seterusnya nak citer pasal lain pulak. Nak citer mengenai kiosk yang berhampiran dengan korang yang jual ice-blended ni. Kiranya kalau dah fanatik sangat nak minum ice-blended ni mestilah nak cari lokasi yang senang dicari kan? Ni ha, ada beberapa kedai yang dipercayai ditemui di tempat kejadian (dah macam wartawan pulak).
1)Coolblog
Oh yes. Ni memang salah satu fevret aku. Pernah hari tu masa kije lepas final exam, boleh dikatakan hari-hari gak minum ice-blended ni. Tak pun sehari tu ada lah dalam dua cawan aku minum. Aku suka try semua perasa. Setakat ni aku dah rasa yang coklat, epal, strawberri, nanas dan Sour Plum. Aku rasa, aku nak cuba semua perisa lah kat sini. Pernah haritu aku minum yang Sour Plum. Ingatkan sedap sebab pikir dia rasa macam limau kan. Sekali asam boi lah. Nak menghabiskan masa tu pun lambat rasanya. Kalau coklat memang cepat aja habisnya. Bagi peminat asam boi, rasa dia memang okey. Yang tak okey tu sebab aku tak suka asam boi. Rasa aku tak habis minum masa tu. Korang jangan salah faham pulak. Aku memang tak suka asam-asam boi ni. Asam-asam limau, nanas, epal, strawberri aku suka. Lepasni kalau aku rasa macam nak minum ice-blended je, Coolblog pilihan pertama lah. Credit to http://halifsaat.com/marketing/cool-blog/.
2)Cool station
Aku pernah sekali minum kat sini. Oh darl.. Of course lah pilih coklat. Masa beli tu lokasi kat Subang Perdana. Siapa yang dok Subang mesti tau punya lah. Disebabkan baru sekali cuba minum kat sini so, aku tak boleh nak komen banyak sangat. Pulak baru cuba satu perisa aja. Tapi aku nak komen sikit aja lah. Ice-blended coklat yang aku minum kat sini betul-betul berbeza okey kalau nak banding dengan coklat coolblog punya. Coklat dia macam rasa susu coklat dutch lady tu. Aku ingat coklat dia macam coklat yang kedai lain selalu guna. Kira yang Cool Station punya different sikit lah. But it still has a nice taste. You guys should give a try. Mana tahu kena dengan selera korang. *current updated*
3)T-Talk Bubble Tea
Yang ini lebih kepada milk tea sebenarnya. Ice-blended rasa aku tak ada sebab tengok kat menu dia pun tak ada tulis ice-blended. Tapi aku tetap suka gak minum kat sini. Sedap tau. Kot tetiba teringin nak minum chocolate milk tea, kat sini aje lah aku minum. Price? Affordable lah. Jangan risau. Bagi korang yang penggemar milk tea ni, boleh lah datang sini okey.
4)Funky Channel
Kedai ni baru bukak tau. Dalam sebulan lebih lah kot. Aku sendiri pun belum rasa sebenarnya. Setakat lalu depan kedai dia tu boleh lah. Dah bercadang jugak nak beli sebenarnya tapi macam tak berkesempatan aja. Bukan busy mana pun. Siang walaupun ada kelas tapi boleh aja beli waktu malam kan. Lagi-lagi tengah puasa. Nanti aku nak cuba lah. Hari tu dapat flyers, Funky Channel ada jual ice-blended, milk shake dengan smoothies. Kau tengok. Dengar perkataan ice-blended aja telinga aku dah tegak ni. Mesti try ni wei.
Setakat ni aku dapat kongsi dengan korang empat kedai yang aku jumpa lah. Sebab yang lain-lain outlet aku tak tahu. Keempat-empat kedai ni semua ada dekat Seksyen 7, Shah Alam. Kat mana? Ala, dekat Pusat Komersial tu aja. Empat kedai ni serentak ada kat situ. Coolblog kat Giant. Cool Station deret Kedai Nasi Lemak Cinta Sayang tu tapi dia belah hujung yang dekat Giant tu. Funky Channel deret Klinik Mediviron, Shoppe-In market. T-Talk pulak deret 99 Speedmart. T-Talk lagi senang cari sebab betul-betul berhadapan jalan raya tu. Okey lah korang. Setakat ni ajalah perkongsianku hari ini. Ada masa aku update lagi okey (padahal esok nak update lagi ni sebab banyak betul nak citer dengan korang).
Tata, dido....
* opss..sorry nyampuk. actually cool station dah tak ada tau kat sini. sebab aritu masa pergi ronda2 kt situ, cool station dah takda hilang pi mana tak tau. yang masih ada kat area sini, coolblog, funky channel dan t-talk. (7th october 2013)
0 comments