BAJU RAYA?

6:48 am

Assalamualaikum semua.


Hai korang. Lamanya aku tak tulis blog. Rindu aku tak? Haha. Gurau je. Anyways, aku sebenarnya baru balik ni. Jenjalan kat PAS cari baju raya. Penatnya berjalan dari satu kedai ke satu kedai tapi tak ada satu pun yang berkenan. Aku ni cerewet sangat ke ek? 

Cakap pasal baju raya ni, korang dah beli dah? Warna apa tahun ni? Aku punya rahsia. Eh tak pe nanti dah raya baru aku reveal eh. Lately ni dress untuk perempuan macam cendawan tumbuh selepas hujan. Sangat banyak dan macam-macam design ada. Aku jadi rambang mata tengok tapi untuk pakai for sure lah tak yakin dengan batu-batu, manik, lace semua tu.

Pernah tak korang dalam dilema bila nak cari baju raya ni? Lagi-lagi sekarang semuanya boleh beli online saja. Korang dah berkenan sangat dengan baju ni, macam yang korang idam-idamkan tapi ada satu benda ni yang buat korang terus cancel nak beli. Aku pernah rasa macam ni tu sebab lah sampai sekarang belum beli lagi. Tipu lah belum beli lagi. Actually dah beli dah tapi aku rasa macam over pulak ada lace dengan manik ni semua. Sesuai pakai raya kat KL je aku rasa. 

Dah berkenan sangat dengan satu jubah ni. Warna cantik. Design simple tapi tip top. Harga pun mampu milik tapi satu je yang buat aku sedih tak dapat beli. Tak ada saiz maaa. Asyik-asyik saiz S to L. Saiz XL pun still tak muat. Dah try buat ukuran. Saiz XL bahu 16 inci. Mana boleh. Bahu aku 17 inci. Sedih sangat weh. Dorang ni pun tolong lah buat saiz besar sikit. Sian kat we all yang saiz besar ni tak dapat beli. Dah berkenan tapi tak ada saiz pulak. Aduhai.

Solution lain buat tempahan kat butik. Tapi masalahnya ada ke mana-mana butik nak terima tempahan lagi sebelum raya ni? Macam dah tak ada je. Tak apa lah nanti aku cuba cari lagi kat kedai lain kot-kot ada rezeki aku kan.

Berbalik pada cerita tadi, aku masuk First Lady nak tengok kat situ kot lah ada baju yang berkenan. Aku tak expect tinggi pun yang butik FL jual jubah dress kain satin. Mula-mula masuk pun dah terus terpandang kaler tema tahun ni. Bila tarik bawak keluar lawa dress ni tapi kain dia jenis lekat kat badan. Tak berkenan. Dah cuba saiz XL pun still fit badan sampai nampak lemak I semua tau. Sakit pulak hati ni tengok biasan imej ku di cermin. Terus cancel beli. Murah tu murah lah RM 55 camtu tapi apa guna beli murah-murah pun tapi tak selesa pakai betul tak you all?

Pusing lagi satu butik FL ni cari dress idaman kalbu tetap tak jumpa gak. Fine. Cari tempat lain lah. Banyak gak baju lawa-lawa semua. Kebanyakannya baju dress yang ada batu-batu, manik, lace semua. Sarat nau dengan kerlipan ni semua. Korang suka tak baju macam ni? Kalau suka bagus lah. Tu bermakna korang berani pakai lip lap lip lap ni semua. Aku tak berani. Pakai yang ada batu sikit pun aku dah bising, "Sesuai ke ni weh dengan aku?", "Orang tak mengata aku over ke weh?" and so on. Takut sangat aku ni haha.

Aku berkenan dengan jubah dress macam ni. Material kain satin. Warna pun semua cantik. Nampak ekslusif dan mewah padahal harga mampu milik.


Cantik tak korang? Simple kan tapi still memikat hati. Plan nak pakai jubah dress macam ni je raya pertama nanti. 

Susahnya nak cari. Kekadang kalau dah jumpa harga pulak mahal. Aku tak minat peplum sebab design dia tak sesuai dengan aku yang big plus ni. Orang kurus sesuai lah. By the way, korang pulak pakai baju apa raya nanti? Baju kurung, kurung peplum, jubah, dress atau abaya? You guys look gorgeous lah nanti.

During preparation to celebrate hari raya, women will be like this, "Okey baju I tahun ni I nak kaler hijo untuk raya pertama, kaler merah untuk raya kedua, kaler pink untuk hari ketiga and kaler silver untuk hari keempat. I nak letak lace kat pergelangan tangan, manik kat bahagian dada and I rasa I nak beli 2, 3 pasang sikit untuk raya kat KL nanti. Boleh tak bi?" sambil memandang muka suami tercinta. Gasak. Tak tahu aku. Ala, rilek lah. Aku tak kisah pun benda macam ni sebab aku pun salah seorang darinya. Cuma I pakai baju kurung je lah mampu.

Lepastu, "Raya nanti gua nak mekap natural lah. Tapi barang mekap banyak dah habis ni. Nak kena beli baru ni kang raya tak bermekap tak bermaya pulak muka. Nak kena beli foundation, bedak sikit, eyeliner mesti ada, eyeshadow pun kena beli gak ni. Oh lipstik pun kena beli kaler pink. Kata nak nampak natural. Mascara dengan blusher ni dah dekat nak habis ni. Oh my oh my, kena beli gak ni. Perfume pun dah tinggal suku. Ala senang citer beli semua lah." Haha. Pandai-pandai aku je buat ayat kan. Eh jangan fikir aku perli eh. Aku pun salah seorang macam ni gak. Tak percaya? Baca entri kat sini.

Ala senang citer bagi pengalaman aku sendiri lah dan dengan korang gak, nak raya je mesti cari, baju raya sudah tentu, kasut, tudung nak matching dengan baju, beg tangan blink-blink, mekap lah, perfume lah apa lagi. Ni betul-betul buat persiapan ni. Tambahan, duit raya untuk budak-budak, beli kuih raya ke beli bahan nak buat kuih ke, beli alas meja, tempah langsir, sofa tukar baru ( I tak eh), banyak lagi lah.

Apa-apa pun bulan Ramadhan jugak lah best. Bila kita lapar sebab berpuasa, rasa lapar dia tak sama dengan lapar yang sebelum-sebelum ni. Tiap-tiap malam tengok dan dengar orang solat terawih. Once in a year. Al-Fatihah untuk sahabatku yang dah setahun pergi tinggalkan kitorang. Dah dua kali jugaklah tak datang rumah dia beraya. Rindu. 


Selamat Berpuasa.



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images