PENGALAMAN BUAT AKTIVITI MANGROVE TOUR DI LANGKAWI KEDAH!

2:13 am

Assalamualaikum semua!



 Hey gais! Mood masih terbang di awangan teringatkan keindahan Pulau Langkawi. Hari-hari cakap dengan sepupu tak puas lah trip haritu. Next time nak tak kita planning lagi datang Langkawi? Kalini kita pergi tempat yang tak habis cover lagi. Shopping tak payah lah kut sebab coklat tu kat KL banyak dah weh. Kita pergi senyap-senyap je jangan heboh heboh kat orang. Bajet pulak plan baik punya supaya tak over bajet. Sepupu Kak Kelly setuju saja janji start menabung dari sekarang.


Baiklah harini kita sambung lagi dari entri yang lepas. Kak Kelly nak sambung aktiviti seterusnya yang kami buat semasa di sana iaitu Mangrove Tour! Haa kalau datang Langkawi ni wajib masuk aktiviti ni dalam itinerari korang tau. Kak Kelly jamin korang mesti enjoy dah happy bila buat aktiviti ni.


Sebelum tu meh Kak Kelly sharing sikit apa benda lah Mangrove Tour ni kan? Mangrove Tour ni lebih kurang lawatan sambil belajar di Kilim Geoforest Park menaiki speed boat yalls. Eh naik bot? Macam Island Hopping tu ke Kak Kelly? Ya lebih kurang gitu lah tapi ada beza tau!


Apa beza mangrove tour dengan island hopping? Mangrove tour ni korang akan dibawa ke Kilim Geoforest Park melihat keajaiban alam semula jadi, menyusuri Sungai Kilim, melihat pokok bakau yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis haiwan, senang cerita nature tour lah. Manakala island hopping ni korang akan dibawa melawat pulau-pulau sekitar Langkawi seperti Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Tasik Dayang Bunting.


Selamat datang ke Kilim Karst Geoforest Park. Saya hadir.


Setakat yang Kak Kelly tau mangrove tour ni terbahagi kepada tiga pakej. Ada pakej 2 jam, 3 jam dan 4 jam. Kak Kelly booked slot 4 jam terus biar join tour ni sampai puas dan cover semua tempat. Kak Kelly booked dengan agensi ni Langkawi Go Tours very trusted agent.

Info mengenai Flora.



Info mengenai Fauna.


Info mengenai Batuan.



Tempat yang akan pergi.


Peta Kilim.







Ayuh naik bot. Let's begin our tour!




Jom lah tengok mana tempat yang dibawa oleh tour guide.


1) Gua Kelawar



First stop kami adalah Gua Kelawar. Gua Kelawar ni terletak di kaki bukit di Kilim yang dikelilingi hutan paya bakau dan pintu gua menghadap Sungai Kilim. Gua Kelawar ni adalah tempat dimana korang boleh belajar pasal habitat kelawar tu sendiri, belajar pasal pokok bakau dan korang bakal saksikan kelawar yang sedang sedap 'membuta' kat siling gua tu. 



Kelawar yang sedang 'membuta' 😂



Belajar mengenai kelawar.


Nak masuk dalam ni kena bayar RM 2. Btw dalam gua ni gelap sikit ya so bawak torch light sesiap atau boleh sewa RM 1 dekat kaunter dia. Boleh lah korang suluh dalam gua tu nak tengok kelawar. Bau najis kelawar is everywhere so tahan sikit lah. Dah memang tempat dia.




Di dalam gua ni jugak terdapat pelbagai bentuk hiasan asli gua batu kapur such as stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk, saiz dan arca indah dan ia berusia jutaan tahun ya.



Belajar mengenai gua.





2) Pertunjukan ikan di kolam ikan & restoran terapung

Lepas je dari Gua Kelawar, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu tengok pertunjukan ikan  dekat kolam ikan tu @ floating restaurant. Kat sini ada adik guide yang akan explain kat korang jenis-jenis ikan kat situ, bagi ikan makan also rupanya ada ikan hybrid jugak. Kalau korang nak lunch kat restoran terapung, boleh order sesiap kat sini, pastu korang boleh teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Balik nanti baru tour guide akan bawak korang semula ke restoran terapung untuk lunch. Hidangan dah siap bila korang sampai.

Otw ke Fish Farm & Floating Restaurant.


Bukan kami sahaja yang ada time ni. Pelancong lain pun ada jugak.



Adik yang entertain kami untuk pertunjukan ikan. Nice job adik. 

Ikannya malu kut tengok kami.


Sangkar lain pun ada jugak!



3) Tengok burung helang

Tour guide bawak kami tengok burung helang pulak. Masha Allah cantiknya kejadian burung helang ni. Tengok dia terbang mengepakkan sayap dia pastu terbang bebas di udara. Kalau ada kulit ayam tu usually tour guide akan campak kat situ then burung tu akan sambar makanan dia. Cuma masa tu tour guide takde bawak lak kulit ayamnya.

Cantiknya lah kamu wahai helang.





4) Selfie di Ikon Kilim Geoforest Park

Port wajib sampai kalau amik pakej mangrove ni. Bergambar di hujung boat membelakangi ikon kilim ni. Korang cari lah angle cantik sikit eh. Aku tak puas hati tengok gambar ni sebenarnya 😂.





5) Fish feeding at Dangli Island

Aku tak pasti pulak sama ada roti dibekalkan siap siap sekali tour atau memang kena beli asing. Masa trip kami tu kami siap patah balik untuk beli roti kering dalam RM 5 macam tu untuk aktiviti bagi ikan makan ni. Korang bawak lah duit secukupnya ya.


Otw to Dangli Island.


Kat sini just bagi ikan makan je. Ikan comel comel berwarna kuning laju je ngap roti yang kami beri. Kat sini boleh snorkeling jugak kalau nak. Kami malas nak turun jadi kami ke lokasi seterusnya.


Comei dak kami Kak Kelly?





6) Mandi kat pantai private

Kami berhenti jap dalam 45 minit untuk mandi kat sini. Maaf tiada gambar sendiri sebab excited mandi sampai lupa nak amik gambar. Kat sini korang dah jauh dah nak masuk sempadan Siam sampai boleh detect line telco kat Siam sana. 

Ada gambar ni je view dari atas bot.




7) Boat tour ke Laut Andaman

Tour guide bawak pusing-pusing Laut Andaman dengan lajunya. Kering terus baju aku lepas mandi tadi. Best feeling ever dapat duk atas laut jap. Masa ni korang akan rasa tenang  menikmati angin Laut Andaman menampar lembut di muka korang. Rasa macam segala stress bekerja ke stress dengan masalah lain ke hilang kejap weh. Rasa bertenang lah diri ni masa ni. Dia macam kau dapat lupakan kejap segala masalah kau kat darat tu dan enjoy kat atas laut ni. Macam tu lah apa yang Kak Kelly rasa. Punyalah menikmati angin laut tu aku almost tertidur atas boat.

Jom tenangkan fikiran.





8) Gua Buaya

Last sekali kami dibawa lalu bawah gua buaya ni. Tiba-tiba celupar pulak mulut ni, 'Eh ada buaya ke kat sini?' Ha jangan risau ya. Tiada buaya di sini tau. Ia hanyalah sebuah gua yang menyerupai mulut buaya.


Gua buaya!




Nak masuk mulut gua yeay!



Semasa di dalam Gua Buaya. Btw, dalam ni pun ada kelawar tengah tidur tau! Kelawar tidur waktu siang je, malam dia keluar berendek.



Semasa keluar dari Gua Buaya.




Overall we're having so much fun on our 4 hours mangrove tour. Rasa macam nak repeat lagi je untuk trip akan datang. Masa kami book dulu kami ambil pakej private 4 jam dengan harga RM 350. Ini harga tahun lepas ya. Jadi bila kami bahagi tiga jadilah sorang RM 117. Satu bot muat untuk 8 orang, jadi siapa yang pergi ramai-ramai tu dengan kawan-kawan ke jimat banyak gak tau boleh share duit. Kalau korang tanya Kak Kelly berbaloi ke trip ni, I will say YES berbaloi. In Shaa Allah will repeat again.



Kaunter untuk gambar korang.


Selesai trip hari kedua. Next entri Kak Kelly akan update aktiviti jet ski tour pulak ya. Tak sabar ni nak share dengan korang. Tunggu tau!




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images