PENGALAMAN MENAIKI KERETA KABEL DI SKYCAB LANGKAWI!

10:13 pm

Assalamualaikum hai semua!


  Kak Kelly masih tak boleh move on lagi dari percutian ke Pulau Langkawi 3 minggu yang lepas. Masih terasa lagi macam kat sana tengah naik jet ski, pecut jet ski kejar abang tour guide 😂, masih terasa lagi keenakan roti canai blackpepper dengan roti canai sarang burung penarak kat Kuah. Ahhh everything about Langkawi is gonna be special in my heart.


Jom throwback balik aktiviti kat sana. Pada hari pertama Kak Kelly kat sana, aktiviti kami ialah naik kereta kabel di Sky Cab, Langkawi tau! Dalam posting ni Kak Kelly akan share macam mana nak dapatkan tiket, tips apabila berada di sana, pros and cons dia dan gambar-gambar kat sana.




A) Nak parking macam mana? Berbayar ke?

Yes kawan-kawan. Parking berbayar ya. Tapi jangan risau lah tak mahal mana. Ini rate harga parking ya. Parking kat standard open sudah. Sorok-sorok sikit barang dalam kereta tu. Tutup dengan kain just to be prepare.



Rate harga parking mengikut jenis.


B) Tiket masuk ke Sky Cab

Lepastu mesti lah kita nak tau macam mana nak ke sini kan? Nak beli tiket kat mana? Murah ke tiket dia? Kak Kelly beli tiket Sky Cab ni secara online je. Korang boleh bukak link official dia iaitu Panorama Langkawi  ni untuk beli dan survey info pasal Sky Cab.


Paling penting, korang kena alert dengan promosi semasa ya! Masa Kak Kelly beli dulu pada tahun 2020 memang tengah rancak promosi. Satu tiket dewasa hanya RM 38 sahaja tau. Paling terkejut sekali tiket tu FAST LANE. Harga promosi dorang berubah-ubah tiap bulan jadi kena selalu tengok. Once korang dah beli, tiket valid setahun dari tarikh purchase.


Usually setiap tiket dia dah include sekali pakej 5 in 1 iaitu Sky Cab, Sky Bridge, Sky Dome, Sky Rex & 3D Art Museum. Nasihat Kak Kelly kalau boleh korang beli lah tiket Fast Lane terus so that korang tak perlu beratur panjang dan tunggu que punya lama. Banyak masa bazir kat situ. Kalau boleh spend lebih sikit pun takpe asalkan korang tak perlu beratur lama. Masa kami sampai dulu, lepas claim je tiket kat kaunter kami terus dibenarkan masuk ke laluan ' Fast Lane ' tu dan dapat terus naik kereta kabel. 



Wristband akan diberi lepas korang claim kat kaunter 6. Tiket Sky Glide tu beli asing.
Beli masa dah sampai kat atas sekali.


Nasihat Kak Kelly lagi, beli tiket online, beli fast lane terus. Nanti resit dan booking number akan dihantar melalui email. Print sesiap. Sampai sana terus claim je tiket kat kaunter 6. Kaunter 6 ni memang khas untuk pengunjung yang beli online atau beli dengan agent. Trust me kalau tak beli online, korang sampai sana je kaunter tiket saje panjang orang beratur. Sanggup menunggu ke tu?



Ini kaunter 6 ya. Kaunter dia terasing dari kaunter tiket.


View satu bangunan. Bumbung dia tu dipanggil Sky Dome.



C) Tips mana nak pergi dulu? Nak naik atas dulu atau main aktiviti lain kat bawah dulu?


This is kinda tricky questions jugak and for me benda ni depends pada tahap agresif korang macam mana. Kenapa Kak Kelly cakap macam tu? Based on pengalaman yang dah pernah naik kat sana, kalau boleh kan korang main aktiviti kat bawah dulu such as Sky Dome, Sky Rex, dan 3D Art Museum. Baru korang naik atas. Nak tahu tak kenapa?


Tiga permainan yang Kak Kelly sebutkan tadi aktiviti yang kejap je korang dah setel main. Except for 3D Art Museum maybe akan lama sikit sebab nak tangkap gambar kan. Yang lain tu dalam 20 minit setiap aktiviti dah setel dah. Baru korang akan naik atas dengan aman.


Nak tahu tak? On the way to Sky Bridge, ada dua cara untuk turun ke sana. Satu turun dengan menggunakan Sky Glide. Sky Glide ni kalau korang nak tau ia adalah sebuah lift yang akan bawak korang turun ke Sky Bridge tu. Sky Glide ni takde dalam tiket dan kena beli asing dalam harga RM 10 macam tu. Wristband warna hijau seperti gambar di atas. Satu jalan lagi korang boleh turun ikut tangga yang disediakan. Macam berjalan kaki sikit lah. Yang ni harga dia dah termasuk dalam pakej.



Inilah rupa Sky Glide nya. Ianya sebuah lift yang bawak korang turun ke Sky Bridge tu. Kalau korang tak nak turun ikut tangga boleh guna Sky Glide ni. Dalam ni boleh muat sampai 7-8 orang. Macam sardin.


By the way tiket Sky Glide ni takde fast lane ya sebab dia ada sebuah tu je kat situ. Imagine masa kitorang nak naik balik ke Sky Cab kitorang kena tunggu lama kut untuk ikut turn naik. Ada budak siap tidur kat pangku mak dia lagi. Kesian sangat tengok. Kitorang dah tak larat berdiri, selamber je duduk kat situ sambil que nak naik Sky Glide. Kaki dah sakit sangat, tapi baru teringat ada aktiviti kat bawah yang kitorang tak main lagi.



Masa kat station atas sekali. Waktu ni tengah tunggu turn nak naik Sky Glide.


Itu yang Kak Kelly cakap kalau korang jenis tak kisah, jenis susah nak penat ke, takde rasa sakit-sakit kaki ke, mengah ke stamina tinggi ke then takde apa-apa masalah pun. Yang Kak Kelly tekankan untuk family yang ada anak-anak kecik, orang macam Kak Kelly ni yang cepat mengah due to low of stamina memang I prefer you gais main aktiviti kat bawah dulu, yang kat atas ni last sekali pun takpe. Siap main kat atas ni, turun bawah korang boleh terus balik je.


Jangan risau, kat bawah ada gerai jual air dan makanan. Boleh lah beli buat alas perut. Dah naik atas tu mesti korang akan lapar punya. Korang jelas tak setakat ni?



D) Let's enjoy the view!


Once kau dah sampai kat Sky Bridge tu, Masha Allah. The view is breathtaking. Dengan awan kabusnya. Kau akan nampak awan kabus tu berarak mengikut angin. Perasaan tu tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata. Hanya mampu kongsi gambar sebagai bukti yang pemandangan dia indah sekali.



Atas jabatan gantung.



Ada jugak glass bottom macam ni. Walaupun sikit je, aku tetap tak berani nak pijak apatah lagi nak baring sambil bergambar atas tu.




Barisan kereta kabel membawa dan mengambil penumpang.


Lawanya lah.


Last last belanja selfie kat tangga sekeping.


Baiklah entri dah sampai ke penghujung. Itu sahaja daripada saya harini. In Shaa Allah Kak Kelly sambung entri aktiviti seterusnya esok pulak ya. Kalau ada apa-apa soalan boleh drop komen bawah ya.


Thank you semua.


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images