RESEPI MACARON ENAK!!

9:36 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

  Amacam hari ini?Korang sihat?Aku?Baru balik dari sakit.Selesema gitu.Kalau tengah bercakap suara aku sengau macam bapuk tua.Orang yang dengar suara aku pun confirm teanjat.
Hari ini aku nak share dengan korang resepi macaron yang comel berwarna-warni.
Jom baca.


Bahan-bahan:
1)40 gram serbuk badam
2)65 gram gula aising
3)35 gram putih telur
4)15 gram gula kastor
5)1 tsp cream of tartar(sejenis serbuk,cari aje jenama Kijang)
6)1 tsp pewarna kesukaan korang


Cara penyediaan:
1)Ayak gula aising bersama serbuk badam bersama-sama dan ketepikan dulu.


2)Masukkan serbuk cream of tartar dalam putih telur dan kacau sekejap dengan whisk.  Biarkan selama 1 minit dulu.


3)Lepastu korang boleh mula pukul campuran krim dan telur tadi dengan speed 1 sampai jadi macam buih halus gitu.


4)Masa ni korang masukkan gula kastor sikit-sikit(3 kali masuk).


5)Lepas dan masuk gula kastor,naikkan speed 2,pukul adunan ni sehingga jadi macam hard beak pada pemukul mixer dan adunan pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan.


6)Masukkan pewarna kesukaan korang dan guna speed 1 untuk sebatikan.


7)Kemudian masukkan campuran gula aising dengan serbuk badam tadi ke dalam adunan ni sikit-sikit(4 kali masuk).Kacau perlahan-lahan sampai dia likat.


8)Masukkan adunan ni dalam pipping bag dan paipkan adunan pada dulang yang berlapik kertas kek.


9)Biarkan kering dalam 40-45 minit dulu.


10)Selepas 30 minit dari masa pengeringan,mula buka oven dan bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 10-15 minit.


11)Biarkan macaron sejuk dulu baru asingkan daripada talam.Kalau tak boleh pecah.


12)Lepastu letak lah perisa kegemaran korang.Macam aku kalau aku suka coklat so, aku akan letak coklat Nutela tu.Mesti sedap.


Cuba lah buat.Mesti sedap.Aku tak sabar-sabar nak buat benda ni.Tapi nak buat benda ni pun ada pantang larangnya.Yang aku dengar nak buat benda ni tak boleh buat masa hujan.Nanti tak menjadi.Huish..cerewet tol nak buat benda ni.Mengalahkan nak buat tapai ubi pulak.Okey lah.Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya.Muah muah semua..



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images