BUDAK SEM 2 BERBICARA..
6:07 pmASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
OH OK.NOW DAH MASUK BULAN JULAI KAN..?SUNGGUH CEPAT MASA BERLALU. BANYAK BENDA DAN KENANGAN YANG TERJADI KAT AKU.SEGALA-GALANYA TENTANG DIRI AKU BERUBAH WALAU TAK 100%.ANYWAYS,AKU PUN DAH SELAMAT MASUK KE UNIVERSITI UNTUK SAMBUNG PELAJARAN AKU.GUESS WHAT?AKU SAMBUNG STUDY AKU KAT UNIVERSITI SELANGOR.DEKAT SHAH ALAM AJE.PADA ASALNYA AKU MEMANG TERAMATLAH TAK SUKA MASUK BELAJAR KAT SINI.LEBIH-LEBIH LAGI KENA AMIK JURUSAN PERAKAUNAN.DER, AKAUN TU KOT.SEPANJANG AKU BELAJAR TIME KAT SEKOLAH DULU,AKU TAK ADA BASIC LANGSUNG PASAL AKAUN.DALAM HATI AKU TERPIKIR GAK.BOLEH KE AKU BAWAK COURSE NI..?
LEBIH BENGKAK HATI AKU BILA AKU BERHARAP DAPAT DITERIMA BELAJAR KE UiTM.
CEH,X DAPAT GAK..SIA-SIA AJE BELI NO PIN MAHAL NAK MATI TU.TAU KALAU X DAPAT X DE LAH AKU RUSHING KE SANA KE SINI UNTUK SELESAIKAN MASALAH AKU TU.BINGIT AKU DIBUATNYA.PERMOHONAN KE POLITEKNIK PUN AKU TAK BUAT.NAK TAK NAK KENE GAK BELAJAR KAT UNISEL NI.AKU BERFIKIRAN POSITIF.
LAMA-LAMA AJE PROTES,MEMBERONTAK.SAMPAIKAN FIRST DAY SAMPAI SANA AKU WAT HAL LAH.KEBETULAN LAK AKU DAPAT KATIL ATAS.PASTU AKU CAMPAK JAM TANGAN AKU KE BAWAH KONON-KONON NAK LETAK DALAM BEB PASAL BEG KAT BAWAH.PASTU AYAH AKU SOUND AKU LAK.FIRST TIME LAK DIA CAKAP CAM NIE KAT AKU. "KAK,BEHAVE YOURSELF".CEH,SENTAP TERUS AKU DOH..
TAPI TU LAH KAN,KEJAP AJE PERANGAI AKU TU.LEPAS TU SIKIT-SIKIT AKU DAH MULA SUKAKAN TEMPAT TU.AKU TERIMA AJE LAH SEADANYA.LAGIPUN FAMILI AKU BAGI HARAPAN BESAR KAT AKU DI SINI.NAK TAK NAK,AKU DAH PIKUL SATU AMANAH YANG DIBERIKAN OLEH MAK BAPAK AKU.XPE,XPE AKU AKAN CUBA BUKTIKAN YANG AKU BOLEH BERJAYA DENGAN CEMERLANG KAT SINI.AKU AKAN BAWAK BALI SEGULUNG DIPLOMA UNTUK DORANG.DIPLOMA PERAKAUNAN?CEH,KELAKAR BUNYINYA.
BUKAN DIPLOMA SENI KULINARI,BUKAN JUGA DIPLOMA PERHOTELAN DAN KATERING. ITU SEMUA TAK AKAN PERNAH AKU NAK BELAJAR LAGI DAH.PERIT DOWH..DAPAT JURUSAN PERHOTELAN KOS PULAK MAHAL.BELAJAR LAK STANDARD KOLEJ.AKU SIKIT PON TAK KISAH BELAJAR KAT MANA-MANA PUN.JANJI BELAJAR.TAPI TU LAH. JURUSAN YANG AKU NAK AMIK MENDAPAT SEDIKIT TENTANGAN DARI AYAH AKU. AYAH AKU TAK ADALAH SAMPAI NAK MENGAMUK KE SEBAB AKU NAK AMIK BIDANG TU TAPI TU LAH AYAH AKU NAK AKU KERJA MACAM DIA,KERJA DI PEJABAT.ADUH, AKU JENIS RIMAS DOK KAT PEJABAT BAWAH AIR CONDITIONER NI.
NAK TAK NAK AKU IKUT AJE LAH CAKAP DIA.DIA NAK SANGAT AKU SAMBUNG BELAJAR.NASIB BAIK LAH UNISEL, UNIVERSITI YANG DIIKTIRAF WALAUPUN SWASTA.
TERPUJUK SIKIT HATI AKU NI.KOS PENGAJIAN AKAUN NI PUN X DE LAH MAHAL SANGAT.HAMPIR CECAH RM14,600 GAK LAH.KALAU KAT TEMPAT LAIN X TAU LAH AKU.AKU RASA AKU ORANG PALING AWAL MASUK BELAJAR NI.DALAM BULAN APRIL LAGI AKU DAH MASUK.KERJA KAT TASKA BARU DUA BULAN.MEMANG TAK PUAS NAK KERJA LAGI SEBENARNYA.SEBAB AKU DAH MULA SAYANGKAN BEBUDAK TASKA TU.RASA SAYU AJE NAK TINGGALKAN DORANG.HUHU.SEKARANG NI YANG ASYIK AKU FIKIR IALAH,BOLEH KE AKU DAPATKAN DIPLOMA AKAUN NI.?MAMPU KE AKU?TERKENANGKAN MAK BAPAK AKU YANG DAH BANYAK BERHABIS DUIT UNTUK AKU,X SAMPAI HATI AKU NAK KECEWA KAN DORANG.
KAT UNISEL NI AKU KENAL MAI,ICA,MIRA,ZATI,ZIRA,AZZA,LIEN.DORANG NI SEMUA HOUSEMATE AKU.SEKARANG NI PUN KITORANG DAH PINDAH KELUAR DARI WISMA MAIS TU.SEBAB BEBUDAK INTAKE JULAI LAK NAK MASUK..KITORANG MASIH DUDUK SAMA-SAMA BERLAPAN WALAUPUN DAH PINDAH RUMAH BARU.DEKAT DENGAN SEKSYEN 7.KAT SITU MEMANG DEKAT DENGAN SEGALANYA-GALANYA.NAK MAKAN AYAM?JALAN KAKI AJE KE KFC BERHAMPIRAN SITU.TERINGIN MAKAN AIS KRIM? LINTAS JALAN AJE NAK GI TUTTI FRUTTI TU.MUSIM RAYA LAK NAK DEKAT KAN.SIAPA YANG BELUM BELI BAJU RAYA LAGI,PERGI AJE WISMA JAKEL KAT DEPAN TU.TENGAH SALE SEKARANG NI SAMPAI 15 JULAI AJE. HAHA..SEMPAT GAK AKU BELI 2 PASANG KAIN KAT SITU.KAT SITU ADA MACAM-MACAM,NAK CERITA PUN X LARAT.YE LAH X KAN NAK SEBUT SATU-SATU YE TAK?KORANG NAK SEWA KERETA PON ADE KAT SITU.
SETENGAH HARI DORANG CAS RM60.IKUT KORANG LAH.
MALAM NANTI AKU NAK BALIK SHAH ALAM DAH.TAPI BUKAN LAGI KAT WISMA MAIS. KALI NI BALIK SANA TIDUR KAT RUMAH BARU LAK.MALAM NI MEMANG MALAM PERTAMA TIDUR KAT SANA.CAMNE LAH RUPANYA.SEDAR TAK SEDAR DAH DUA BULAN DUDUK KAT SHAH ALAM NI.AKU SEKARANG TENGAH TUNGGU KERTAS TERAKHIR LAH NI HARI RABU NANTI.PAPER BUSINESS COMPUTING.LEPAS TU DAH BOLEH BALIK SEPANG SEMULA.BERCUTI DI RUMAH SENDIRI.HOME SOUR HOME. LEPAS TIGA MINGGU BERCUTI AKU AKAN NAIK SEMESTER DUA PULAK.KALI NI SUBJEK LAGI BANYAK DAN SEMESTINYA SUSAH-SUSAH BELAKA.TAK APA.AKU DAH BERSEDIA.
KEPADA BEBUDAK YANG SAMA BATCH DENGAN AKU IAITU BEBUDAK AKAUN DAN KELAS KOKO,DIHARAP KORANG SEMUA ENJOY SEPANJANG KITA BELAJAR SAMA-SAMA.BUAT AKTIVITI SAMA-SAMA DAN YANG PALING TAK DILUPAKAN IALAH AKTIVITI KITA SEMUA KAT SUNGAI TEKALA TU.MEMANG ENJOY HABIS.WALAUPUN KAKI AKU SAKIT PANJAT TANGGA YANG TAK BERAPA NAK TINGGI TU TAPI MASIH DIKIRA LENGUH DAN SENGAL-SENGAL KAKI AKU SEBAB PANJAT TAK HENTI-HENTI.SAMPAI AKU SURUH MAI URUT KAKI AKU TAPI AKU GELI SANGAT CARA DIA URUT THEN AKU GELAK GILA-GILA MASA TU.WILL MISS YOU GUYS..
KEPADA KAWAN-KAWAN AKU MERANGKAP TEMAN SERUMAH AKU SEMUA,SELAMAT BERCUTI.JAGA DIRI LEK LOK YA. SELAMA TIGA MINGGU KITA TAK KAN JUMPA. MASING-MASING AKAN TINGGAL DENGAN FAMILI MASING-MASING.NANTI NAIK SEM 2 KITA BERKUMPUL LAGI EK.?KITA BUAT BISING LAGI.NANTI KITA GI KARAOKE KAT GIANT DEPAN TU.KITA MASAK MI SEDAP TENGAN MALAM SAMA-SAMA.KITA TIDUR SAMPAI PUKUL 3 PAGI SAMA-SAMA.HAHA SERONOKNYA. KALI INI AKU AKAN SPONSOR SUARA SUMBANG MAMBANG AKU LAK.HAHA..
SALAM SAYANG..
JUMPA LAGI..
0 comments