MY MAKE-UP WISHLIST PART 2.

7:52 am

Assalamualaikum.

 Hamboi kemain lagi siap ada part 2 sume ni. Yang part 1 punya pun ada yang belum dibeli lagi dah siap ada part 2 punya. Okey sebenarnya aku kekeringan idea kebelakangan ni untuk update blog. Tapi tak kan nak biar blog sunyi sepi aje kan sementara nak tunggu idea mari. Meh lah kita share apa yang ada dalam wishlist aku ni. Macam haritu lah aku cakap, bagi peminat mekap ni, masing-masing mesti ada wishlist sendiri kan? Ada yang nak sangat beli foundation MAC bulan ni, ada yang nak borong lipstick macam-macam shade bulan depan and so on. Same goes on me. Lately ni, aku asyik google make-up je. Lepas google tu, ha mulalah memasang impian nak beli certain product tu pada masa akan datang. Banyak pulak tu. Dah jom tengok.

MAYBELLINE COLOR TATTOO


I really love this. This is an eyeshadow cream from Maybelline call Maybelline color tattoo. Ni of course benda pertama yang aku nak sangat beli. Aku paling suka Pomegranate Punk. Warna dia macam rust sikit. Since I love red colour, tak ada warna merah, warna rust pun jadi lah. But, I wish Maybelline create the red color for this product. Kalau lah ia wujud, aku orang pertama yang pergi serbu, serius. For your information, Maybelline Color Tattoo ni memang mengancam kalbu warna dia. My most favourite colors is Pomegranate Punk, Bad To The Bronze, Ready Set Green, Mossy Green, Bold Gold, Electric Blue, Test My Teal, Rich Mahogany, Gold Rush, n Fuchsia Fusion. Tapi yang tak bestnya ialah, kekadang tu Maybelline ada keluarkan warna yang limited edition untuk apa-apa season yang dia suka. Masalah dia sekarang, warna tu cantik-cantik lah pulak. Warna yang cantik-cantik pastu limited. Tak sedih aku dibuatnya. Banyak miss out lah citer dia. Wahai Maybelline, kenapa korang tak buat edisi limited edition tu jadi permanent? Why?

MAYBELLINE COLOR SENSATIONAL RED PORCELAIN LIPSTICK


Man, this lipstick is really hot. I'm going to grab this soon. Haritu masa singgah kat Guardian, I tried this out and the colour is really pigmented and red. Sayangnya, tak ada stok masa tu kalau tak memang dah amik satu dah. Aku memang penggemar lipstick merah menyala dan aku berani nak pakai warna terang macam ni kat luar. Warna merah membuatkan aku yakin dengan diri sendiri. *Boleh macam tu pulak ya*

NYX JUMBO EYE PENCIL


Everybody love these. So was me. I mean, look at the colours. Is it awesome? By the way, what is this actually? This is an eyeshadow pencil. We also can use this as an eyeshadow base to intensify the colour on your eyes. K, penat dan berbelit cakap english. Dia macam celak jugaklah tapi boleh juga dijadikan sebagai eye based untuk bagi eyeshadow korang tahan lama. It is creamy texture, fungsi dia lebih kurang je dengan Maybelline Color Tattoo tadi dan warna dia semua best-best I tell you. Aku suka semua color lah senang citer lagi-lagi French Fries, Rust, Gold dan banyak lagi lah. 

MAYBELLINE VOLUME EXPRESS THE ROCKET MASCARA


Aku nak beli maskara ni sebab ramai orang kasi feedback yang positif siap compare dengan maskara lain lagi. Aku sendiri tengok pic dorang pakai maskara ni tanpa guna curler dia okey. Aku tak boleh nak komen banyak-banyak sebab belum try lagi so that's why, you is in my list, mascara.


NYX EXTRA CREAMY ROUND LIPSTICK



NYX lipstick antara dalam wishlist aku gak sebab NYX offer 144 shades of colours. Lepastu Nyx ni brand termurah tapi bertaraf antarabangsa dan kualiti dia pun boleh tahan. Aku dah spot beberapa colour kat sini which is Electra, Fig, Paris, Chaos dan macam-macam lagi. Harga RM14 je kalau beli online kat ColourCosmetic.com.


NARS BLUSHER PALETTE


Suka tengok blusher palette ni. Walaupun warna dia tak banyak, tapi aku rasa dah complete dah ni. Sesetengah palette memang ada banyak warna, tapi sekali tengok sumer warna ada yang dekat2 sama aja. NARS ni agak pricey sikit sebab brand ohsem kan. Tak apa lah, nanti aku cuba cari brand yang more affordable lagi similar to this. Credit to http://pursebuzz.com/2013/10/nars-guy-bourdin-holiday-collection-limited-edition-one-night-stand-cheek-palette-review-and-swatches/


NYX SINGLE EYESHADOW


Ada beberapa warna yang membuatkan aku jatuh hati kat brand ni macam Rust, Herb, Golden Bronze, dan banyak lagi. Tak silap aku dia ada 160 warna tapi aku bukan nak beli semua pun. Beli warna yang berkenan dihati je.

LOLLITINT BY BENEFIT



For your information, lolli tint ni baru saja dilancarkan. Korang boleh dapatkan di website dia lah kalau berminat. Kalau nak beli kat Sephora tunggu Januari 2014 eh. I'm so excited when I saw this. Ni sama gak macam benetint, boleh letak kat bibir sikit dan kat pipi sikit. Untuk sesiapa yang tak suka pakai blusher but still want to look natural, then you can go for this.

 Alright, ladies! Ini sahaja wishlist aku setakat ni. Semua barang yang dalam list aku ni mudah didapati di pasaran. Cuma kena rajin pergi cari aja. Okey lah aku berhenti setakat ni aje dulu. Di entri lain In Shaa Allah, kalau ada rezeki aku akan buat review mana-mana mekap yang aku suka untuk korang okey? Tata.




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images