PEREMPUAN KETIKA SHOPPING..

10:38 am

Assalamualaikum.

 Hai semua. Lamanya tak update blog. Rindu betul kat blog kita ni. Apa khabar semua? Harap korang sihat lah ya. Aku? Demam sikit dan sakit mata. Jangan risau. Dah makan ubat dah. Korang doakan aku cepat sembuh ya? Tak sampai seminggu nak final exam dah ni. Risau kita.



 Hari ni nak citer pasal tabiat perempuan ketika shopping. Ni pun berdasarkan pemerhatian aku jugak. Pengalaman sendiri? Kebanyakannya pengalaman sendiri lah ni.  By the way, kenapa tetiba je aku buat entri ni eh?

Kalau perempuan:
  • Perempuan kalau dah shopping, tetiba lah dia dah terpikat habis kat sesuatu barang tu, mesti dia akan buat perbandingan harga. Mereka sanggup masuk kedai ni tengok harga dulu pastu keluar, then masuk kedai lain yang jual barang yang sama, tengok harga pastu keluar. Belinya tak. Kalau boleh dorang nak cari yang paling murah, baru beli. Apa orang kata, survey2 dulu kedai mana yang menawarkan harga paling rendah. Sanggup ooo buat macam tu. Macam aku lah kan. Haha.
  • Perempuan kalau dah keluar shopping, mana cukup keluar setakat 2, 3 jam aja. Paling-paling mesti 5 jam keatas. Bagi aku biasalah tu sambil keluar shopping, sambil jalan-jalan kan. Sebab dorang mesti busy dengan kerja lah kelas lah. Buatnya seminggu tu penuh test and quiz, tak salah rasanya kalau dorang kuar jalan-jalan hujung minggu nak release tension.
  • Perempuan tak boleh tengok perkataan SALE! Sekali dah nampak confirm terus serbu. Tak kisah lah barang apa yang SALE tu lagi-lagi mekap, perfume, novel, pakaian semua mesti boleh buat kaum perempuan rambang mata I tell you. Kekadang tu kalau masuk Guardian dan Watsons ke tak ada sale keluar balik. Tunggu ada sale baru datang lagi. 
  • Perempuan sanggup spend sum of money untuk beli barang-barang peribadi yang dia suka sebulan sekali selain barang keperluan. Which mean macam aku sebut tadi lah, nak beli mekap ke, toiletries ke baju skirt dan macam-macam lagi.
  • Sekarang ni kita-kita ni pun dah suka dan pandai shopping online dah. Tu tak apa lah tapi yang heran dan rasa kelakar ialah bila kita pergi butik nak beli baju kurung dan tengok ada satu design ni sebijik macam kat butik online yang kita selalu usha tu, tengok harga dia lagi murah dari online terus beli oh. Dah tak jadi nak beli online. Lagi murah katanya. Sama jugak kalau kita nak beli tudung kat butik luar. Tengok harga dia macam nak tercekik tu lepastu tengok kat online lagi murah terus beli online ohh.. Macam-macam. Ni memang baru betul-betul survey harga weh. Satu lagi faktor kenapa kita suka beli online ialah maybe barang yang kita nak sangat beli tu susah betul nak cari kat kedai tak pun memang barang tu tak ada jual kat kedai luar. 

Secara logiknya, kenapa kita suka shopping? Adakah semata-mata untuk kepuasan diri? Boleh jadi jugak kan. Aku ni pun dah lama tak shopping. Lagi-lagi nak cari baju, skirt labuh dengan kasut. Korang suka shopping jugak? Kita serupa!


You Might Also Like

2 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images