JANUARY FAVOURITES!!

7:20 am

Assalamualaikum semua.

 Buat pertama kalinya seperti yang dijanjikan, aku nak buat monthly favourites. I excited tau. Disebabkan ni first time aku nak buat, so harap dimaafkan kalau ada sebarang kekurangan kat entri ni. 

Bulan ni aku tak berapa nak mekap sangat sebab aku selalu terkejar-kejar nak pergi kelas. Sempat capai mana yang patut je so tak ada lah muka tu pucat aje bila pergi kelas kan.


Tadaa...Nampak tak produk yang aku guna bulan ni simple sangat sebab I always rushing to go to class. Lagi-lagi naik dengan kawan ni memang nak kena cepat. Seriously bila aku guna empat barang ni je dah cukup bagi aku untuk nampak segar sepanjang kelas. Meh review satu persatu nak. Just a short review.


MAYBELLINE CLEAR SMOOTH ALL IN ONE COMPACT POWDER

Aku suka pakai bedak ni sebab tekstur dia nipis dan tak nampak cakey langsung. Beli pun sebab nak cuba dan kebetulan bedak dari Farmasi dah habis so terus capai ni lah nak try dulu. Kod yang menjadi pilihan aku ialah Natural sebab kulit aku tak putih pun. Sesuai dengan warna kulit aku. 

Ada empat tona warna yang boleh korang pilih ikut warna kulit masing-masing which is Nude Beige, Natural , Honey and Sand Beige. Jangan tersilap pilih warna bedak sudah. Takut ada yang kulit putih Ivory tapi pilih bedak warna Tan. Ada pulak kulit Tan korang pergi ambil warna Ivory. Nampak kelabu atau lebih gelap muka tu nanti sebab salah pilih kod. Nanti kalau nak pilih mana-mana bedak pun jangan lupa swatch dulu.


MAYBELLINE CLEAR SMOOTH BB CLEAR STICK

This is the best. Suka sangat pakai jenis stik sebab memang sesuai dengan kulit aku. Kalau korang nak tahu, foundation atau BB cream jenis stick memang sesuai untuk kulit berminyak. So far pakai BB stick ni muka aku nampak glowing. Suka2. Lepas dah pakai ni aku touch-up dengan bedak Maybelline tadi. Memang kombinasi yang mantap.

 Kod yang aku pilih ialah Natural. Believe it or not, kod Natural pun bila swatch kat tangan still putih belum lagi cuba kod Fresh. Bila pakai BB stick ni, memang rasa pantas sebab oles kat muka sikit-sikit dan blend dalam masa tak sampai satu minit dah siap. Serius jimat masa.

Ada tiga kod yang boleh korang pilih ikut warna kulit korang iaitu 01 Fresh, 02 Natural dan 03 Radiance. Mula-mula ingatkan ada dua kod je rupanya kod Radiance yang aku tak perasan.


LIP ICE SHEER COLOUR IN STRAWBERRY

My favourite Lip Balm. Memang suka pakai Lip Ice ni dari tahun lepas lagi kalau tak silap. Sebab Lip Ice ni melembapkan bibir sesuai dengan fungsinya. Lepastu kalau pakai Lip Ice ni warna bibir kita akan bertukar jadi warna pink. Nampak gojes okey. I suka tau sebab tak payah pakai lipstik.

Ada tiga perisa yang korang boleh pilih iaitu Strawberry, Fragrance Free dan Shimmer macam contoh gambar bawah ni. Paling suka Strawberry sebab bau dia strawberry. Haha. Yang lain tak pernah cuba lagi tapi yang Shimmer tu orang kata kalau pakai bibir akan nampak berkilat-kilat. Siapa yang suka shimmer, korang boleh cuba yang itu.

Strawberry, Fragrance Free, and Shimmer


MAYBELLINE HYPERSHARP LINER

Eyeliner jenis marker yang paling best aku pernah guna. Beli kat Guardian sebab masa tu tengah Sales so harga dia dalam RM16 lebih camtu lah. Harga asal RM23. 

Kenapa aku suka pakai? Sebab berus dia tu nipis dan senang nak garis kat atas mata. Lepastu dia cepat kering dan waterproof. Kesat pakai minyak baby pun susah sikit nak hilang. Kalau tonyoh mata tu memang hilanglah eyeliner dia tapi bahaya lah untuk mata bila korang tonyoh kuat-kuat.



Ni lah barang-barang yang aku selalu guna bila nak ke kelas. Simple kan? Tapi hasil dia memang best. Nampak natural sangat macam tak pakai apa-apa. Harga pun semua best2 dan senang nak cari. Korang boleh beli dekat Guardian, Watsons dan mana-mana farmasi yang jual barang ni. Okey guys, entri kita dah nak habis. So, will see you in next monthly favourites.


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images