TIPS UNTUK KESIHATAN..
1:05 pmAssalamualaikum semua.
Setelah 3 hari menyepikan diri, kini aku kembali lagi. Bosan nok, tak tahu dan tak ada idea nak tulis blog. Nak review mekap pun tergendala sikit sebab masih tengah study cemana nak review mekap ni. Tak reti aku. But I'll try my best okay sebab tu dah ada dalam resolution aku.
Harini, setelah agak lama tak update entri mengenai tips ni, aku nak share dengan korang cemana nak hidup dengan sihat. Kiranya tips kesihatan yang kita selalu buat lah. Tips yang aku dapat ni dari pengalaman sendiri, baca kat surat khabar, majalah kesihatan dan internet.
Disebabkan aku ni pelupa, so aku buat entri ni khas nak kumpul segala tips kesihatan yang boleh kita amalkan setiap hari. Pelupa beb. Takut terlepas mana-mana so baiklah aku buat entri kan. Entri ni pun untuk korang gak.
1. Minum air masak secukupnya.
Pertama sekali sudah tentulah kena minum air masak secukupnya. Part ni memang aku suka sebab sangat simple. Minum air masak 8 gelas sehari. Lagi-lagi aku ni penggemar air masak dan kalau datang kedai makan je mesti nak air masak. Kalau bosan order teh o ais limau je. Korang kalau nak jemput aku makan-makan ke, tak yah risau pasal air. Korang bagi aku air kosong pun dah cukup. Muahaha. Macam ada orang nak jemput ko makan ya Khalid. *Tangan dibahu, mata ke atas*.
Kenapa kena minum air masak? Sebab air masak ni banyak kebaikan dia. Salah satunya, air masak berfungsi melancarkan sistem pencernaan. Kebaikan lain ialah dapat menyihatkan jantung, boleh kuruskan badan. Kenapa boleh kuruskan badan pulak? Sebab air kosong tak ada kalori, gula mahupun lemak kawan-kawanku.
Air kosong juga dapat melembapkan kulit badan. Biasanya orang mengadu kulit kering lah kan, salah satu punca tu tak cukup minum air lah tu.
2. Tidur yang secukupnya.
Tidur yang cukup sangat penting. Tubuh dan otak juga memerlukan rehat selepas hampir seharian dikerah-kerah gitu. Yelah, siang kita keluar bekerja. Balik dah tentu penat. Tak payah pikir banyak-banyak. Lepas Isyak terus tidur yahoo..
sedapnya baby ni tidur. I cemburu okey.
3.Jangan pakai mekap sampai ke tidur.
Benda paling penting yang korang kena buat sebelum tidur iaitu bersihkan muka korang dari mekap-mekap ni semua. Jangan dibawa tidur ya kerana boleh buat muka korang nampak lebih tua dari umur sebenar. 'Eh, betul ke aku cakap ni?' Betul lah tu sebab disebabkan mekap yang korang bawak tidur sekali ni lah akan menyebabkan jerawat dan jeragat muncul. Mimpi ngeri okey. Kata nak muka flawless macam orang korea. So, do not skip this step.
4. Lakukan senaman.
Ya, sudah semestinya bersenam supaya badan kita lebih cergas. Senaman juga dapat meningkatkan stamina badan. Nanti tak adalah baru naik tangga tingkat 4 sikit dah tercungap-cungap (macam aku). Lepas ni aku nak lebih rajin bersenam sebab badan ni lemah betul lah. Kalau korang tak ada masa nak bersenam, senang aja. Korang buatlah apa-apa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh macam kemas rumah ke, alih perabut ke, bercucuk tanam, jalan kaki pergi kelas dan menari!!
hooray!!
5. Jaga pemakanan.
Tips yang paling susah aku nak buat sebab aku seorang yang kuat makan. Mesti nak nasi. Sekarang ni pun aku tengah cuba kawal selera makan aku. Aku memang suka makan makanan bergoreng macam nuget, keropok lekor, goreng pisang, sosej, burger, ayam goreng dan macam-macam lagi. Tapi aku cuba nak tukar cara pemakanan tu dengan merebus macam makan Yong Tau Foo. Okey tak cadangan aku? Nak stop serta merta macam mustahil so aku cuba alternatif ni.
Tabiat buruk aku, aku kalau lapar tak kiralah time tu tengah malam buta ke mesti nak makan time tu jugak sedangkan masa tu waktu tidur. Perut pun nak rehat dari melakukan kerja-kerja pencernaan ni. Susahnya nak kawal. Well, I will try my best.
6. Tangani stress.
Biasalah student. Kalau tak stress tu bukan student namanya. Tertekan dengan assignment, bebudak group buat hal, ada kuiz dan test serentak. Sakit kepala oi. Bila stress rasa macam tak ada mood nak buat semua benda melainkan tidur. Cara nak tangani stress? Sebenarnya nak tangani stress kena ikut cara korang lah nak handle macam mana. Ada orang nak tangani stress dengan mendengar lagu, ada yang keluar jalan-jalan kat taman hirup udara segar dan macam-macam lagi. Kalau aku pulak, aku akan tidur dulu sebab nak relakskan kepala so lepas bangun tu dan boleh fikir apa nak buat lepas ni.
7. Jaga kebersihan diri dan persekitaran.
Tempat persekitaran memang memainkan peranan penting dalam menentukan mood kita, chewah. Ye lah. Cuba bayangkan korang study kat tempat yang tak bersih dan kotor, korang ada mood tak nak belajar? Mesti tak ada punya. So, kemaslah apa yang patut supaya tak nampak berselerak sangat. Baru selesa nak belajar. Sama juga dengan penjagaan diri. Jangan lupa bersihkan diri dulu, mandi, cuci muka, shampoo rambut, potong kuku, lakukan rawatan muka macam mask dan scrub badan.
8. Tidak merokok.
Semua orang tahu kan yang merokok ni membahayakan kesihatan. Ya aku faham orang yang merokok ni sebenarnya memang nak berhenti tapi susah nak berhenti. Tak apa, perlahan-lahan okey. Korang sendiri tau kan akibat merokok. Macam-macam penyakit boleh dapat such as ibu mengandung kalau merokok akan ada effect kat kandungan mereka. Sian baby tu nanti.
9. Ambil beberapa supplement.
Korang ada amik supplement tak sebagai makanan tambahan korang? Paling-paling pun mesti Vitamin C kan. Supplement ni bagus untuk korang. Tapi jangan ambil banyak sangat kang overdose pulak nanti. Ambil beberapa biji yang disarankan doktor je okey. Aku pun sekarang makan Vitamin C dari Flavettes. Jadilah. Nak beli Shaklee rasa lambat lagi kut padahal nak sangat cuba produk dorang yang ESP tu. Walaupun aku belum cuba Shaklee tapi aku suggest kan korang cuba produk tu kalau korang nak cuba.
gambar contoh aje.
10. Buat rawatan di spa dan saloon.
Kalau korang rajin, hujung minggu pergilah buat rawatan kat spa. Urut badan ke, mandi susu, manicure padicure, sauna herba ke buat facial ke cuci rambut ke dan macam-macam lagi. I bet spa and saloon is the most attractive place for women like us. Who agree with me? Kat spa pun dah ada pakej menarik yang korang boleh pilih tau. Ada yang pakej urut badan sekali dengan mandi sauna lah, ada yang buat pakej lulur badan dan mandi aroma terapi lah. Macam-macam. Aku nak cuba lah suatu hari nanti. Siapa boleh suggest kat aku kat mana tempat yang best nak dapatkan servis ni? Lamanya tak memanjakan diri. Muahaha.
Entri kita dah nak habis dah. Ni semua simple tips untuk korang yang aku dapat dan fikir secara logik. Siapa tak nak sihat kan. Korang rasa selesa tak bila badan ni asyik sakit-sakit je dan asyik lenguh aja. Bila lenguh kita rasa penat tau. Bila penat tak ada mood nak study. Esoknya ada kuiz. Macam mana tu. Aku selalu rasa lenguh-lenguh sebab tu lah aku nak mulakan balik semua ni. Entri ni untuk aku dan untuk korang jugak. Semoga entri ni dapat bantu korang sikit-sikit. Nak lagi tips korang boleh search kat google. Macam-macam tips lagi yang korang boleh dapat. Kita berhenti kat sini dulu ya. Keep in touch.
2 comments
cantik sgt yg atas tu..warna warni..rs nk mkn je..
ReplyDeletehihi..actually,suplement mmg pnting utk badan
dont worry,we got low budget set..jom singgah
http://www.mommylizz.com/
hehe..tq kak..amik pic kat google then edit sendiri je..wokey..
Delete