AGE AND LIFE-CYCLE STAGE..

8:00 pm

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.


 Sebenarnya, aku dah lama nak update entri ni tapi asyik tertangguh je. First sekali nak tanya, korang pernah terfikir tak semakin meningkat usia kita dan status kita dari single kepada sudah berkahwin, setiap apa yang kita beli tu mesti akan berubah? Seperti keperluan dan kehendak lah gitu. Aku pernah terfikir pasal ni dan aku rasa tertarik nak buat satu entri pasal ni. Semakin meningkat usia kita semakin lain pembelian yang kita buat berdasarkan keperluan dan kehendak. Okey, aku tak pandai sangat nak explain guna Bahasa Melayu Tinggi ni. Aku explain simple je lah okey?

1) Umur masa bayi.

Kalau masa kita baby, mestilah semuanya diuruskan oleh parent kita kan. Yelah, kita semuakan kecil lagi masa tu mana tahu apa-apa. Kat sini, aku nak cakap dari segi keperluan lah. As a babies, kita mesti nak susu kan? Other than that, baju tidur, baju panas, minyak telon, ubat-ubat untuk baby lepastu tidur. Betul tak? Dunia baby ni best je, bangun tidur, popoo, menyusu, main cak-cak dengan mama, papa, menangis sakit perut lepastu belajar meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan dan berlari. 

2) Umur masa kanak-kanak.

Waktu-waktu macam ni kita masih diuruskan oleh parent kita lagi. Cuma time ni kita dah start nak mainan. Kalau budak perempuan mesti nak barbie, mainan masak-masak, rumah anak patung yang besar tu dan sebagainya. Kalau budak lelaki mesti nak mainan kereta Hot Wheels tu, patung Power Rangers, pedang Kamen Rider lah dan macam-macam lagi. Ni masa zaman kita kecil-kecil dulu. Zaman sekarang, budak kecik pun dah pandai main Tab. Banyak game yang best kan? Sampai tak nak berenggang langsung dengan Tab tu. Dahsyat. Zaman akak dulu, tak ada nak main Tab ni semua dik. Nak lagi dahsyat, kitorang main batu seremban, lompat ting-ting (tak tahu nak sebut), main lompat tikus, main police entri, main kejar-kejar dan macam-macam lagi.

3) Umur masa remaja.

Ha, waktu-waktu macam ni lah yang paling kita suka kan. Sebab time macam ni lah kita kenal dengan kecantikan, fesyen, muzik, fanatik dengan artis K-Pop, movies lah. Waktu-waktu ni lah, aku pernah kumpul duit nak beli mekap sebab nak tahu macam mana nak guna. Aku pernah kot beli sikit-sikit mekap murah kat My One Shop sebab tak tahu sangat pasal kualiti mekap kat pasar malam dengan mekap kat farmasi. 

Kalau aku suka, aku beli. Sebab nak tahu cara nak guna, nak melawa. Pastu nak beli aksesori lah such as rantai, gelang, anting-anting, cincin, ada yang berani tindik hidung lah tapi tu bukan aku ya. Waktu-waktu yang kita nak kenal semua benda. Time camni lah masing-masing nak berfesyen, warnakan rambut, wearing make-up, berhijab dengan macam-macam gaya. Budak baru nak belajar weh. Aku cakap ni sebab aku sendiri pun dah pernah lalui. Korang pun mesti dah lalui kan. Well, zaman remaja zaman paling mencabar.

Waktu camni jugaklah masa zaman-zaman kita dulu, dah ada fone sendiri, dari kita sekolah rendah lagi sebenarnya dah ada handphone kan. Nampak fone canggih, kita pon start kumpul duit nak beli. Beli camera lah, start usha laptop lah.

4) Umur masa dewasa.

Ha, waktu macam ni kita dah ada tanggungjawab sikit nak kumpul duit nak beli rumah, beli kereta, bayar PTPTN, beli barang dapur, pergi pasar, memasak dan macam-macam lagi. Lagi lah bila dah kahwin ni atau nak kahwin dah lagi banyak pakai duit. Aku sentuh yang lepas kahwin lah ek. Bila dah kahwin ni, perbelanjaan kita pun mesti lagi bertambah lebih-lebih lagi dah duduk rumah sewa, nak kena bayar bil elektrik, bil air, bil Unifi, Indah Water, bil astro, bayar duit kereta, minyak lagi dan macam-macam. Belum termasuk pasangan yang baru kahwin. Mesti dorang nak beli sofa lah, tv lah, mesin basuh, pinggan mangkuk, meja makan lah, perhiasan dalam rumah lah. Nak decorate rumah lagi. Memang banyak. Ini normal. Besok pun aku akan lalui jugak. Same goes on you. 

Nak tambah sikit. Walaupun dah dewasa, kita mesti nak spend sum of money untuk beli barang keperluan peribadi kan? Macam skin care, produk kesihatan, mekap, baju, shopping beg dan kasut, toiletries. Ni bukan nak cakap perempuan je, lelaki pun termasuk sekali. Kalau beg tu mesti beg nak bawak pergi tempat kerja kan?




5) Masa dah ada anak.

Bila dah ada anak pulak, perbelanjaan kita lagi bertambah. Sebab dah ada orang baru dalam keluarga kita. Kita kena beli susu anak, baju anak, pampers anak, toiletries untuk anak, senang cerita banyak lagi lah. Itu baru anak sorang, belum anak seterusnya. Ini pun memang normal lah weh. In Shaa Allah, semua bakal laluinya.

6) Masa anak dah besar.

Sekali lagi bertambah belanja kita tiap-tiap bulan. Anak dah nak masuk sekolah, nak kena beli buku, beli baju sekolah, seluar sekolah, beg beroda lah, botol air, bekal makanan, kasut sekolah dan lain-lain. Bukan beli sepasang, tapi lebih. Ada bajet lebih sikit boleh lah beli 3, 4 pasang. Duit belanja anak nak makan kat sekolah. Time aku kecik macam nilah selalu mintak duit dua ringgit nak belanja kat sekolah. Kekadang tu bawak bekal nasi goreng ke sekolah. Dulu, bila bawak bekal tu rasa macam best dari beli makanan kat kantin. Korang ada rasa tak perasaan tu?

7) Bila anak dah masuk sekolah menengah dan masuk universiti.

Masa anak dah masuk sekolah menengah, automatik ada perubahan sikit. Maybe kalau duit belanja sekolah masih under control lagi tapi of course lah baju sekolah pun dah lain. Baju masih sama cuma kain dengan seluar dah lain. Saiz kaki mesti lah lebar sikit dah kena beli kasut. Ini memang biasa weh. Normal lagi yang aku sebut.

Waktu universiti pulak, memang banyak pakai duit tak sama masa sekolah dulu. Nak bayar yuran pendaftaran dah beratus, bayar yuran asrama lagi, duit makan lagi sekiranya tempat kita belajar jauh dari mak bapak. Duit nak beli buku lebih-lebih lagi awal sem, duit PTPTN pun tak masuk lagi. Kalau kita under MARA, ZAKAT atau PTPTN tak yah risau sangat pasal yuran pengajian. Kalau dah tak duduk asrama, kena cari rumah sewa lagi. Duit lagi. Student weh. Biasalah tu. We have to face it.

8) Bila kita dah berumur.

Waktu macam ni dah lega sikit sebab anak pun dah habis belajar dan dah dapat kerja pun. Perbelanjaan kita masa ni masih sama seperti perbelanjaan harian macam barang dapur, toiletries, barangan peribadi cuma dah tak macam masa anak-anak sekolah dan belajar kat kolej dulu. Berdasarkan pemerhatian aku, waktu macam ni, kita akan beli produk kesihatan dan bukan bermakna dah berumur baru nak beli ke. Memang aku nampak selama ni. Time ni dah duduk relaks sikit. Ada yang dah kumpul duit dah berniat nak menunaikan Haji atau Umrah. Tak kira lah masa muda dulu dah pergi sekali, lepastu nak pergi lagi ke. 

Eh lupa nak cakap. Nanti kalau turn anak kita lak nak kahwin, kita kena keluarkan belanja jugak. Nak jemput orang, katering, pelamin, nak sponsor baju kahwin kat anak ke. Tapi ni berlaku sekali je lah belanja besar. Get what I mean? Lepastu dah setel and back to normal.


Fuh, macam panjang je citer harini. Aku ada terlepas apa-apa ke? Basically, ni lah yang aku tahu dan aku sedang jalani sekarang. Aku masih diperingkat student. Biasanya student ni walaupun tengah belajar tapi masih boleh buat part time nak cari duit poket. Boleh lah cover duit makan dengan sewa rumah kan. Aku salute habis lah kat korang yang boleh bekerja sambil belajar ni. Aku sendiri pun tak mampu sebab takut tak boleh fokus kat pelajaran and my parent pun tak kasi aku kerja time tengah belajar. 

Tapi tulah, time tengah belajar ni lah banyak betul dugaan. Nampak dress tu lawa gilos, dah teringin nak beli padahal tengah tak ada duit ni. Tengok student lain pakai lawa-lawa pergi kelas dah teringin nak jadi macam dorang. Baca review mekap kat blog orang pun dah rasa nak ada satu padahal tahu duit yang ada pun memang untuk kepentingan yang paling utama macam duit makan ke, duit assignment. Nampak handphone canggih dah berangan nak kerja sebab nak beli handphone padahal masih belajar lagi ni. Korang pernah tak rasa perasaan macam ni? 


Entri dah nak ke penghujung. Sekali baca dah macam luahan perasaan je aku ni. Haha. By the way, thanks for reading. Will see you again.





You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images