JENIS-JENIS FOUNDATION..

9:00 pm

Assalamualaikum semua.

 Whoot whoot. Kita ada topic best nak share dengan korang hari ni. "Eh, topic apa yang best sangat tu?". Okey topic kali ni kita nak share dengan korang semua jenis-jenis foundation yang dah wujud kat pasaran sekarang ni. "Ah sudah. Foundation pun ada jenis-jenis jugak? Aduih, banyaknya nak kena pakai lepas ni.". Hohoho, jangan risau kawan-kawan ku. Sebab tak ada siapa pun yang sanggup pakai foundation dua tiga jenis dalam satu masa. Ini cuma basic yang perlu korang tahu aja mengenai foundation. I bet, mesti most of you dah tahu dah jenis-jenis foundation ni. Well, saja nak share jugak kat dalam blog ni untuk korang. By the way, kenapa mesti jenis-jenis ya? Sebab, sebenarnya setiap orang mempunyai kulit muka yang berbeza-beza. Ada yang muka dia semulajadi kulit normal, ada yang mempunyai kulit muka berminyak, ada yang mempunyai kulit muka kering dan ada jugak yang kulit muka kombinasi. Setiap daripada kita ni yang mempunyai kulit muka berbeza-beza, ada jenis foundation kita boleh pakai dan ada jugak yang tak sesuai dengan kita. Itu belum termasuk jenis warna kulit manusia seluruh dunia tau. Tak pe yang itu dientri lain okey. Let's check it out.



LIQUID FOUNDATION


  • Foundation jenis liquid ni sesuai untuk semua jenis kulit sebab ada sesetengah foundation dia ada tulis oil based or water based formula.
  • Untuk korang yang kulit berminyak, korang kena cari foundation yang ada water based formula.
  • Manakala untuk orang yang mempunyai kulit kering pula, korang kena cari foundation yang ada oil based formula.
  • Ada banyak shade yang boleh korang pilih ikut jenis kulit korang. Dari yang putih gading hingga ke coklat gelap. Senang kita-kita ni nak pilih shade yang sesuai sebab ada banyak pilihan. Jangan salah pilih warna foundation sudah. 
  • Korang boleh apply liquid foundation ni using your fingers, sponge and stippling brush or synthetic brush.

CREAM FOUNDATION


  • Tekstur foundation ni memang tebal sebab tu lah dapat cover parut-parut kat muka tu.
  • Sangat sesuai untuk orang yang berkulit kering sebab foundation jenis krim ni dia ada moisturizer untuk melembapkan kulit muka. 
  • Tapi tak sesuai untuk kulit berminyak. Sebab tekstur dia pun krim dan berminyak. Bila orang yang mempunyai kulit berminyak pastu pakai pulak jenis krim, memang lagi berminyak lah muka.
  • Foundation ni pun banyak shade dia gak. Biasanya jenis krim ni dia menjanjikan kulit muka yang licin macam anak patung lah, flawless cantik tak terkata lah dan macam-macam lagi.
  • Dah pakai ni lepastu you have to set it with translucent powder. Tak tahu translucent powder tu apa? Okay, dia sebijik loose powder gak. Benda yang sama je cuma nama dia ada macam-macam.
  • Jangan ditepek-tepek macam korang biasa pakai bedak tu. Just dab dab camtu je. Tak nak bagi dia nampak berminyak sangat.
  • Best lagi pakai ni sebab ia tahan lama. Kekadang tu nak cuci muka susah betul nak hilang.


STICK FOUNDATION


  • Berita baik untuk korang yang ada masalah kulit berminyak. Foundation ni memang sesuai dengan korang.
  • Tak sesuai untuk kulit kering sebab kalau korang pakai jugak, kulit muka korang akan lebih kering.
  • Foundation jenis ni berbentuk solid dan bila disapu kat muka, dia cepat rata dan sekata.
  • No need to apply any powder at all.
  • Sebab bila pakai bedak jugak, muka korang akan nampak cakey.
  • Sebab bila sapu dan blend kat muka tu dia jadi kering terus.
  • Rasa macam pakai bedak aja padahal baru pakai foundation ni.
  • This type of foundation also cover your scars, blemishes, pimples and any imperfection at your faces.
  • Setakat ni yang aku dah cuba bagi kategori foundation ni ialah jenama PIXY. 
  • PIXY foundation is the best.
  • Dengan PIXY ni bila aku sapu kat muka, aku puas hati sebab tak perlu nak bedak semua. Memang menjimatkan masa. Ada masa aku buat full review okay?



MOUSSE FOUNDATION


  • Mousse foundation ni sekali tengok dah macam tanah liat pun ada.
  • Pada pendapat aku, mousse sesuai untuk kulit berminyak sebab tekstur dia padat.
  • Matte finish and medium coverage.
  • Kalau sapu dan blend kat muka, dia cepat jadi kering macam bedak. So, tak payah bedak lah kan.
  • Ada sesiapa pernah cuba brand Maybelline? Hari tu dah cuba swatch kat tangan dan agak kecewa sikit lah sebab tak jumpa yang sesuai dengan kulit aku. Shade natural dia agak gelap.

 Entri dah nak ke penghujungnya. Actually ada beberapa jenis foundation lagi kat luar sana but ni antara empat yang kita selalu pakai. Ada satu lagi jenis iaitu mineral foundation. Sejenis serbuk dan ni paling susah nak explain kat korang how it work kan. Ia sesuai dengan semua jenis kulit lagi-lagi kulit berminyak. Nak kata translucent powder takut tersilap pulak and I'm not sure whether the translucent powder is the same as mineral foundation or not. Phew susah betul nak explain benda yang aku tak pasti ni so I hope sapa-sapa yang tau pasal mineral ni please tell me about it. Dalam banyak-banyak jenis kat atas ni, aku tak pernah cuba lagi pakai yang mousse. Cuma pernah swatch kat Guardian je lah haritu. Aku mengaku yang aku suka pakai ketiga-tiganya sekali. Tapi bukan lah serentak ya kawan-kawan ku semua. Pakai bila aku rasa nak tukar-tukar je. Liquid, cream and stick really suits on me eventhough I have an oily skin. Apa boleh buat. Budak degil kan. Benda yang tak sesuai pakai tu lah yang nak dicubanya. Muahaha.. So, I see you in next entry yeah. Have a nice day.


You Might Also Like

7 comments

  1. salam.. awak, pixy foundation xde jual la.. nk cari kat mne ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Ismi. Hi dear. Awak nak cari foundation pixy ya? Tak silap saya lah, cuba tengok dekat kaunter-kaunter jamu, kiosk kecil ke , biasanya dorang ada jual lagi foundation tu.

      Delete
  2. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
    Pemilihan komestik dan skincare yang betul perlu mengambil kira Jenis jenis Kulit Terlebih Dahulu .Kulit yang sihat tidak semestinya putih melepak bak salji tetapi mestilah bebas dari bakteria dan kuman baik luaran dan juga dalaman :)

    ReplyDelete
  3. Sya bekerja di dlm aircond muke nmpk kering sgt smpai menggelupas, tpy bile saya di site muke jd berminyak plk, Nak tnye foundation ape yg sesuai kt sye ea? Sye sendiri keliru.. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai najihah. normally memang macam tu dear, bila bawah aircond kulit kita akan kering. kat site pulak berminyak sbb bawah matahari kan. you boleh cuba both krim n liquid sebab skrg byk foundation yg dicipta bila berpeluh pun muka maintain glowing.

      Delete
  4. Hai sis. saya jenis kulit kering. saya dah try mcm2 foundation. semua jadi sopak2 jugak and mengelupas. ke saya yg tak pandai pilih jenis liquid foundation ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello dear. Allahu dah masuk tahun 2018 baru nak reply. Haha. Kalau sis ada masalah kulit kering, my advice is sis kene pakai moisturizer dulu atau argan oil yang orang selalu pakai sebelum mekap tu. Baru kulit kita hydrate and nak sapu foundation pun sekata je. Hehe.

      Delete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images