MY 2014 RESOLUTIONS..

9:24 am

Assalamualaikum dan hai semua.

Hari ni merupakan hari kedua pada tahun 2014. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan murah rezeki dan semoga apa yang korang nak akan tercapai. Sayang betul dengan tahun 2013 ni. Sebab banyak kenangan berlaku and 2013 in a toughest year ever. Bunyi macam teruk sangat kan. Padahal aku rasa 60% semua baik manakala 40% lagi tak berapa. Anyways, during this year, there is fews thing I want to achieve. Apa yang aku nak buat masa aku tak buat tahun lepas. I bet, you all pun mesti ada azam jugak kan. Usaha beb untuk capai azam tu.

1) Nak lebih aktif dalam blog

Yes ni salah satunya. Aku nak aktif dalam dunia blog. Actually blog aku ni lebih kepada lifestyle. Sebab tu lah entri pun bercampur-campur. Pasal mekap ada, pasal fesyen ada, makanan, tip-tip, life-cycle dan banyak lagi. So, ada beberapa benda aku nak buat special untuk blog aku ni.
  • Aku nak buat review banyak mekap untuk korang. Jangan risau semua barang mekap murah-murah aja. Korang nak baca tak nanti? Nak review lipstick lah, blusher, eyeliner, foundation, dan banyak lagi lah. Aku akan memperkemaskan lagi entri tu dengan gambar-gambar menarik dan swatches yang best-best. Semoga aku ada kekuatan nak buat.
  • Aku nak hadiri beberapa event yang menarik. Event pasal blog ke, bengkel mekap ke (most favourite) dan banyak lagi. Tujuan dia dua aja. Aku nak kenal lebih ramai orang kat sana nanti. Nak berkenalan dengan beberapa orang beauty blogger. Teringin sangat nak jumpa dorang. Satu lagi, aku nak dapat faedahnya pergi event tu. Let say, korang attend event pasal kecantikan. More tips about beauty you can get from there.
  • Untuk tahun ni aku nak buat pembaharuan iaitu setiap bulan aku akan buat monthly favourites. Semua mesti tau punyalah apa benda monthly favourites ni. Okay let me explain, monthly favourite ni merupakan sebuah entri yang korang buat setiap hujung bulan untuk kongsi apa yang korang pakai sesuatu barang tu sepanjang bulan tu. Apa yang korang suka sangat pakai hari-hari. Okey dah faham? Good.
  • Kalini aku akan cuba tinggalkan link blog aku kat blogger lain untuk tambah kawan. Aku dah tak nak segan-segan lagi dah. Nak buang perasaan tu jauh-jauh.

2) Nak tamatkan diploma dengan segera

Tahun ni tahun last aku study kat Unisel ni. In Shaa Allah kalau tak ada sangkut paper lah. Sekarang ni aku sem 5 dan dah lepas final pon. Tinggal lagi seminggu cuti dan aku akan naik sem 6. Rasa macam kejap je belajar. Dah nak jadi senior dah aku.

  • Aku dah tak nak belajar sambil lewa lagi. Sem depan semua subjek killer. Ye lah makin lama naik sem makin susah subjek yang diambil. Aku nak fokus betul-betul dan tak nak blur-blur kat depan lagi dah.
  • Aku akan dapatkan best result untuk setiap subjects. Yes, I can do this. You guys pray for me okay?
  • In Shaa Allah, tinggal lagi dua sem aje lagi, aku akan cuba dapatkan dekan. Ingat senang nak dapat? Doakan aku tau.
  • Lepas dah tamat belajar, boleh lah aku cari kerja.

3) Nak master bab memasak

Actually, boleh lah masak sikit cuma nak lebih pro macam mak aku. Aku nak belajar masak lauk yang susah nak buat tapi sebenarnya senang je nak buat. Contoh rendang ayam, ungkep (sedap), kari, masak lemak cili api dan banyak lagi. Selain tu, nak lebih pro belajar buat biskut pulak. Sebab antara kek dengan biskut, kek lagi senang nak masak. Macam abc 123 je. Chaiyok Khalida.

4) Nak ada handphone baru

Ni wajib sebab memang dah niat nak tukar henpon. Henpon lama dah nak dekat nazak. Kekadang tu orang call pun tak dengar suara dorang. Mana taknya asyik terhempas aja. Beli S3 ni best gak ni. Sebab lain nak kena ada henpon baru ni, aku nak guna camera dia nak snap gambar-gambar yang aku nak. Kualiti camera tu pon penting sebab tahun ni In Shaa Allah, aku nak lebih aktif dalam dunia blog so I need a camera untuk snap gambar.

5) Nak kumpul lagi banyak mekap

Aku nak kumpul banyak lagi mekap dan salah satu brand yang aku nak collect, Maybelline, Revlon, L'oreal Paris, Silky Girl, NYX, Benefits, Urban Decay dan banyak lagi. Tapi fokus kat drugstore make-up dulu lah macam Maybelline dengan Revlon. Nak sangat cuba lipstick dorang. Sebab drugstore product ni boleh tahan bagus dan berkualiti jugak. Mahal tak semestinya bagus. Murah tak semestinya teruk. 

6) Nak belajar teknik mekap

Salah satunya aku nak belajar macam mana nak contour hidung, dahi, pipi. Nak belajar highlight tulang kening kat pipi semua. Aku nak belajar teknik mekap dengan lebih mendalam sebab sebelum ni cuma sapu eyeshadow macam tu je. Mekap yang sangat simple sebab dah itu je yang aku pandai buat. Kalau dah pandai boleh lah mekapkan orang pulak kan.



Okey, setakat ni, ni antara apa yang aku nak buat nanti. Dah lama rancang nak buat masa 2013 dulu tapi asyik tertangguh aja. Faktor utama sekali dah tentu-tentu lah sebab aku ada kelas setiap hari. Memang masa yang ada sangat terhad. Nak study untuk test, quiz, nak siapkan assignment lagi. Memang memenatkan dan sebab tu lah benda yang aku nak buat macam kat atas ni asyik tertangguh aja. Dok fikir sangat masalah pelajaran dengan kerenah bebudak group yang tak beri kerjasama lagi. Jah sakit kepala tau tak. Dah tak nak bebel panjang sebab benda tu semua dah berlalu, cuma kena lebih berhati-hati dalam pilih rakan assginment lepas ni. Tak nak pisang berbuah dua kali. Will see you again.

THANKS FOR READING!!



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images