CANDY BUFFET!!

9:02 am

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Firstly aku nak ucap Salam Maulidur Rasul. Topik harini ialah CANDY BUFFET, whoot whoot. Siapa suka candy raise your hands please? Hoho. Kalini nak citer dengan korang betapa sukanya aku dengan idea candy buffet ni. Candy buffet ialah tempat yang akan menarik perhatian orang ramai instead of lauk pauk yang mengancam nafsu selera makanku kerana dekorasi dia. Candy buffet ni memang comel betul lah. Memang kagum dengan mereka yang mempunya idea kreatif untuk susun atur dan rancang camner nak nampak candy buffet ni nampak menarik. Bukan setakat budak-budak je suka candy malah orang dewasa macam aku ni pun suka tau. Benda comel kan, mak budak pun suka okey.

Biasanya idea candy buffet ni kita boleh buat waktu majlis hari jadi, apa-apa event yang menarik, majlis perkahwinan, majlis doa selamat dan macam-macam majlis lagi. Salah satu hidangan yang berupa manisan yang biasa kita jumpa kat area makanan. Tapi ada jugak beberapa orang yang suka asingkan candy buffet ni dari tempat lauk-pauk. Dorang suka letak candy buffet ni kat tempat yang special ke kan. Tempat orang nak potong kek ke.

Candy buffet ada lolipop, gula-gula getah yang bulat-bulat tu, ada macarons, ada coklat buatan sendiri yang macam-macam design, ada cookies jar, marshmellow, jelly, cake, muffin, cupcakes, biscuits dan macam-macam lagi. Suka betul lah tengok candy buffet ni. Teringin nak buat suatu hari nanti.



Bagi korang yang tercari-cari idea camner nak buat candy buffet ni korang boleh rujuk gambar-gambar kat atas ni. Manalah tahu boleh bantu korang sikit kan. Kebanyakan orang sekarang lebih suka tempah kat mana-mana kedai manisan kan. Mintak dorang buat candy buffet ni mengikut tema yang korang nak. Nak ala vintage ke, ala pink hello kitty ke, pastel, rainbow dan macam-macam lagi. Apa yang korang nak, korang request aje kat dorang. In Shaa Allah dorang boleh tolong. Jom layan gambar lagi. I teruja tau.


Bagi yang suka cupcakes, korang boleh buat guna idea macam ni. In case lah korang nak buat yang simple je, korang boleh buat jenis kecil dari yang ini. Terpulang pada korang.


Pada sesiapa yang terfikir macam mana nak pack jelly, korang boleh ikut macam ni. Tak pun korang masukkan beberapa jelly yang macam-macam bentuk tu ke dalam kotak kecil transparent bentuk love atau bulat dan diikat reben pink kat atas tu. Comel kan.


Do you get the ideas?


Antara manisan yang menarik yang boleh korang isi dan present kat candy buffet.



Nampak simple tapi memang menarik. Get the idea?


Siapa penggemar coklat M&M kita geng. Suka sangat tengok ni tau.


Packaging idea for cake ball.


Serius suka sangat tengok container ni. Ada gumballs lah dan ia berwarna biru!! Siapa yang suka warna pelangi ni korang boleh lah pilih idea macam dalam gambar-gambar atas ni. Aku suka rainbow. Sebab warna rainbow ni macam adil. Semua warna yang korang suka, semua ada. Tak yah berebut-rebut.


Pada pendapat aku, contoh candy buffet macam kat atas ni sesuai untuk wedding. Betul tak? Lagi-lagi siapa-siapa yang buat tema warna merah kan.


Siapa yang nak buat birthday party silalah guna idea diatas.


Birthday girl untuk budak-budak sesuai sangat.


Chocolate candy buffet section.


Syarikat besar punya candy buffet. Look, it's Chanel's party lah!



Agar-agar jelly! Sedap.


Ala-ala vintage kan?




Lastly is, an invitation card. Simple tapi cantik sebab ada reben pelangi tu. Sebab bertemakan pelangi kan. Kad jemputan pun mesti lah kena dengan tema dan pakaian dorang pon mesti warna-warni gak kan? I love rainbow.


Korang dah dapat idea macam mana nak buat candy buffet? Very good. Aku dapat bantu sikit lah sambil bantu diri sendiri jugak macam mana nak buat candy buffet ni lagi-lagi apa yang aku nak hidang kat atas meja tu nanti. Gula-gula pun dah macam-macam jenis apatah lagi kek. Kalau jenis kek pulak, ada muffin, cupcakes, cakes, ball cakes, brownies lah dan sebagainya. Sumber dari google, pinterest dan tumblr. Apa yang aku dapat ialah, aku dah ada idea nak buat nanti mana-mana majlis akan datang. Er, majlis kahwin nanti boleh tak? Haha, lambat lagi nak kahwin. Semoga korang dapat ilham dari sini dan terima kasih sudi membaca.



SALAM MAULIDUR RASUL..





You Might Also Like

5 comments

  1. best nya !! candy buffet ek..ley simpan idea ni..kot kot ada rezeki wat time majlis nanti ke..hihi (mula nak berangan la ni..;P)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..candy buffet memang comel kan..In shaa Allah.. xpe sesekali berangan..hoho..salam perkenalan..

      Delete
  2. NAk order cupcake, muffin dll.... luvly candy buffet... like FB iris bakery cupcake, 0166026253ksyam.... blog irisbakery.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Mna nk cri gula2 tu smua klau nk bt sndri?

    ReplyDelete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images