OH URBAN DECAY..
8:43 pmAssalamualaikum semua.
Okey jap sebelum tu nak bagitahu korang dulu yang entri kali ni bukan nak review produk dari Urban Decay ya? Tapi entri kali ni just nak citer sikit pasal hot item dari Urban Decay ni. It is call Naked Palette. Naked palette ni popular betul sampaikan ramai orang buat review pasal palette ni. Dekat Youtube pun jangan kata lah. Ramai orang buat review and tutorial using this palette. Most importantly is, mesti korang dah tahu yang Naked 3 pun dah keluar baru-baru ni and some of beauty bloggers already owned it. I jeles okey.
Mula-mula tak amik tahu sangat pasal palette ni. Bagi aku masa tu, apa lah yang best sangat palette ni sampai semua orang suka. What make this palette so special? Lama-lama rasa ingin tahu tu semakin membuak-buak. Lastly, aku sendiri dah jatuh cinta kat palette ni. Tapi aku nak kena pilih yang mana eh? Naked 1, Naked 2 or Naked 3?
NAKED 1
Apa yang best pasal palette ni sebab dia ada banyak warna natural. Suitable for everyday look. Kita-kita ni kalau keluar rumah mesti nak mekap natural aje kan. Kita panggil dia bronzed colours. Tak suka mekap yang terlalu over dan memberatkan muka. Well, depend on the situation. Kalau ada dinner pun, mesti korang nak mekap simple aja kan. Suka sangat tengok Half Baked dengan Smog. Pic credit to http://www.briarrosebeauty.com/2012/01/03/urban-decay-naked-palette/.
NAKED 2
Ramai orang kata Naked 1 dengan Naked 2 lebih kurang aja warnanya. Palette ni pun kebanyakannya warna natural gak. But it is more to taupe neutrals. Eish, susahnya nak pilih between these palettes. Nak ada dua-dua boleh? Pic credit to http://daisy--meadow.blogspot.com/2013/02/the-4-dupe-for-urban-decay-naked-2.html.
NAKED 3
Berbanding dengan dua palettes tadi, Naked 3 is a different. Naked 3 ni lebih kepada rose gold dimana banyak tona pink kat sini. Semenjak dua menjak ni aku suka pulak tengok eyeshadow warna soft pink. Sebab sesuai untuk everyday look. Kalau rasa macam bosan asyik pakai warna coklat je apa kata kali ni korang try soft pink smokey eyeshadow pulak. Mesti lagi gojes. Pic credit to http://www.beautyandwhit.com/2013/12/urban-decay-naked-3-palette.html.
NAKED BASIC
Another products call Naked Basics. Suka tengok palette ni sebab packaging dia comel aja. Travel friendly. Masih mengekalkan warna natural. Palette ni cuma ada enam warna aja berbanding palettes lain yang ada dua belas warna. Pic credit to http://www.xsparkage.com/urban-decay-naked-basics-palette/ and http://www.makeupandbeautyblog.com/daily-beauty-cat/urban-decay-naked-basics-swatches-and-pics/.
ALL THE PALETTES
All the palettes. I love the packaging so much. Senang dan mudah nak dibawa. Letak dalam beg camtu pun dah setel. One day, you'll be mine. Pic credit to http://www.temptalia.com/urban-decay-naked3-eyeshadow-palette-swatch-comparisons.
Yes, I know about their prices is a little bit pricey for students like me. This is my first reason why I should think it first before buy this. But hey, sometimes we need to reward ourselves by buying an expensive products right?
Bukannya setiap kali kita berjaya buat sesuatu kita kena reward diri kita dengan benda mahal. Kalau macam tu memang kopak duit aku. Sesekali tu tak salah kot nak spend sum of money untuk barang yang dah lama kita usha. Kumpul duit sikit-sikit sebab nak kan sesuatu barang tu sebab kita tau kekadang tu nak beli barang yang kita suka, tengok harga macam mahal sikit dan sebab tu kita start kumpul duit sikit-sikit. Ala, macam korang nak beli henpon baru lah katakan.
Dalam subjek marketing yang aku belajar dulu, Naked Palette ni tergolong dalam kategori Specialty Products. Siapa yang pernah amik marketing mesti korang tau punya lah subjek produk ni. But for those yang tak tahu apa benda terms Specialty Products ni, let me explain it to you. Specialty products are consumer products and services with unique characteristics or brand identification for which a significant group of buyers is willing to make a special purchase effort.
Tak faham jugak? Okey, macam ni. Macam yang aku cakap tadi lah. Specialty Products ni ialah sejenis produk atau servis yang orang sanggup invest beribu-riban semata-mata nak kan produk tu. Mahal? Memang mahal dan sebab tu lah dorang sanggup saving. Kalau dah suka sangat dengan sesuatu barang tu, dorang jarang compare okey? Cuba letak dalam situasi ni kat palettes tadi. Sanggup tak korang beli mekap tu sekiranya ia menjanjikan kualiti yang terbaik sesuai dengan harganya dan berapa lama dan sampai bila korang boleh guna mekap tu lagi-lagi yang jarang mekap? Banyak saving okey. Korang nak beli gak? Boleh beli kat Sephora okey.
Lastly is, apa yang aku nak cakap ialah, harap-harap lepas ni Urban Decay keluarkan Naked 4 pulak kan. But please kali ni, aku nak shade yang lain dari palettes sebelum-sebelum ni. Aku sebenarnya masih mencari eyeshadow palette yang ada warna bold macam biru, merah, hijau, kuning, deep purple, rust and it must be shimmer. Kalau warna biru, it must be emerald or deep blue. Kalau warna hijau pulak, aku suka warna hijau pekat macam emerald green ke, deep forest green ke. Kalau warna kuning pulak, suka yang ala-ala gold sikit. Untuk warna merah pulak, aku suka deep red. Tak berkenan lah kalau orangy red or pinkish red. Rasa nak sepak diri sendiri apabila memakainya. Suka sangat warna yang pekat-pekat ni. Aku percaya Urban Decay boleh buat sebab sebelum ni punya palettes pun, amboi kemain lawa warnanya. Kalau lah dorang buat jugak pada masa akan datang, aku sanggup beli. Lepastu boleh pakai bertahun-tahun sampai aku dah ada anak esok (apa kena-mengena weh).
Adakah aku akan beli palettes ni? Yes, I will buy it soon.
By the way, I was wondering, why they named the palettes, Naked?
THANKS FOR READING.
2 comments
Hye dear..just read ur entry and want to inform u yg lazada ade sales for cny..the price sgt2 unbelievable up to 80%...usha2 lah :) the right time to buy wht ur dream for. :)
ReplyDeletehi are zie! tq for visiting my blog!! ok sure i will.
Delete