RECALL BALIK TAHUN 2013!!

7:48 am

Assalamualaikum semua.

 First of all I want to say HAPPY NEW YEAR! Welcome 2014. So guys, how's your celebration last night? Ada banyak bunga api tak? Well, semalam kat area rumah Sepang ni banyak bunyi bunga api meletup pom pom. Ingatkan dah habis sekali ada lagi dah. POM! Kuat pulak bunyi. Tanjat kita. Nasib tak melatah.

 So, entri kali ni just nak recall balik memory masa 2013 dulu. Biasalah sepanjang tempoh 2013 ni macam-macam benda berlaku dalam hidup aku. Pahit ada, payau ada, sakit hati, masin manis masam sumer ada. Just name it. Suka tak suka I have to face it and guess what I already did and can I be proud for myself?

1) Meeting new friends
Yup, aku rasa tahun ni aku ada ramai kawan baru. Aku kenal orang baru. Selalu lepak dengan diorang sama-sama padahal nak ikutkan kitorang tak kenal sesama sendiri pun. Semua ni disebabkan seorang kawan, dia kenalkan aku dengan kawan-kawan dia lepastu kitorang kekadang lepak sama-sama. Pergi lunch sama-sama. Beramai-ramai pulak tu so that kat situ lah aku kenal dorang semua. Itu baru kawan kat Unisel belum lagi termasuk kawan-kawan blogger. Kawan blogger pun best gak. Dari tak kenal siapa-siapa terus kenal beberapa orang blogger. Walaupun dorang tak kenal aku yelah sebab aku pun cuma pembaca aja segan nak kenalkan diri, letak link ke. Tapi aku seronok dan ada juga beberapa orang blogger aku dah bertegur sapa dengan dorang.

2) Makin rajin update blog
Walaupun aku jarang update blog sebab blog aku ni entri baru 70 lebih aja tapi aku puas hati kali ni sebab tahun ni aku lebih fokus kat blog aku ni. Aku rajin gak blogwalking tapi sangat takut nak tinggalkan link blog ni kat blogger lain. Segan kut. Bila tengok blogger lain punya entri, mak aihh, banyak nya dan paling suka sekali entri dorang sumer best-best. Bila aku dah suka blog seseorang tu aku akan letak link dia kat tepi kanan aku ni sebagai 'must read'. So bila ada entri baru dorang update, aku akan tahu dari situ.

3) Bulan puasa tahun ni
Fuh, untuk pengetahuan korang bulan puasa tahun ni paling mencabar dan sangat-sangat menguji kesabaran aku. Bulan yang mulia tahun ni sangat berbeza dengan tahun-tahun yang lepas. Bayangkan bulan puasa ni lah aku banyak makan hati dengan sesetengah orang, banyak kecik hati dengan orang, banyak masalah berlaku dalam hidup aku sampai aku pernah mengeluh, "Why these happened to me? Why?". Tapi aku faham, kali ni ujian yang Allah s.w.t. bagi kat aku sangat berat. Tapi aku berpegang dengan satu ayat ni " Allah menguji kerana manusia mampu menghadapinya". Sedikit sebanyak terubat sikit bila aku berpegang dengan ayat ni. Yes, I can do this. Nama pun bulan puasa. Memang banyak betul dugaan dan ujian yang perlu aku hadapi. Hehe. Sekarang ni, aku dah anggap semua tu sebagai kenangan dan pengajaran kat aku supaya berhati-hati di masa akan datang. Oh ya! Bulan puasa tahun ni lah pertama kalinya aku bersahur, berpuasa dan berbuka kat Shah Alam without my family. Rasa lain je. Kan aku dah cakap, tu semua pengalaman.

4) First time sambut birthday dengan housematte
I still remember my birthday on April 2013. Tak sangka lak dalam bebudak rumah aku, ramai birthday dorang bulan April. So, kitorang planning nak sambut birthday ni ramai-ramai. Masing-masing collected duit beli hadiah, beli kek, makan kat Pizza Hut. Nampak simple aja but I'm so happy during that time. Beriya-iya lah kitorang dress-up siap mekap lagi padahal simple je masa tu. Pastu masa kat Pizza tu lepas dah potong kek semua, start lah makan-makan and dorang mintak birthday girl menyanyi pulak. Memang segan lah citer dia. Tak menyanyi pun aku. Dah amik gambar semua. Pastu balik. Ingat dah habis kat situ rupanya the war is begin. Pandai dorang kan konon ajak gi minum kat Abang Burn padahal ni baru lepas makan kat Pizza ni. Rupanya geng yang lain dah stand by kat tepi dinding nak baling telur, tepung semua. Terkejut titew tau. Habis tepung telur semua melekat. Yang aku pon beriya-iya lari selamat kan diri. Tengah dok kesiankan sorang member ni pun birthday girl gak habis kepala dia kena baling telur. Menangis-nangis dia kat situ yang aku ni pun datang "Kesian Kecik, kesian kecik kena telur". Tau-tau je Pap kepala dah sejuk dah. Bukan sekali, aku rasa 3, 4 kali kena baling telur kat kepala. Yeah my turn pulak. Menjerit aku kat situ. Nangis. Dok kesian-kesian kan orang sekali aku pun kena. Nak kejar dorang balik tak dapat, ciss! Oh, that moment! Yang bukan birthday girl pun kena sekali tu yang seronok tu. Habis badan bau telur. Sabar je lah. Dah puas kena baling telur, amik gambar kitorang pun naik atas mandi. Masa tu 3 April dan tengah tunggu turn nak mandi. Then I started counting the time until 00.00 a.m. and there you are. 4 April 2013 is my birthday. Wehuu.. Dorang pun wish kat aku. Haha. Ni pengalaman ni. I'm gonna miss it.

5) Aku pernah 'sakit'
Tak pernah-pernah dalam hidup aku kena macam ni. Korang tau kan 'sakit' yang aku maksudkan tu? Selalu baca cerita macam tu kat internet, kat surat khabar, majalah, pengalaman depan mata sendiri dan tak sangka aku pulak kena. Tapi nak buat macam mana dah ujian dari Allah s.w.t. Aku terima. Semuanya terjadi lepas dah ubat kawan aku. Kawan aku ni pun sakit kena buatan orang. Aku ingat lepas dah ubat dia dah setel rupanya tak setel lagi. Benda tu tak nak keluar dan ustaz yang ubatkan kawan aku pun dah tak larat. Kena ada anak ustaz tu sekali. Lepastu proceed lah next two days. Berubat lagi dan alhamdulillah kawan aku pun dah sihat dah. Start dari situ lah aku pulak yang kena. Mimpi buruk, mimpi kena kejar dengan orang, mimpi nak kena bunuh dengan kawan sendiri, mimpi haiwan lah. Pernah rasa kena tindih tapi time tu aku sedar apa yang berlaku cuma tak dapat bukak mata dan tak dapat nak gerakkan badan. Kaku macam tu. Telinga pernah berdesing bunyi macam benda tu nak masuk dalam badan aku. Pak cik aku cakap maybe separuh dah masuk dalam badan aku so that's why aku kena kuatkan semangat aku. Aku kena lawan benda tu jangan bagi masuk. Aku pun tak tahu lah nak cakap camner, tapi itu yang dorang suruh aku buat. Lawan macam mana? Mak aku cakap, jangan tinggal solat, sebelum tidur jangan lupa baca ayat kursi, baca empat qul, dan ada lah beberapa potong ayat al-Quran sikit. Sekarang ni alhamdulliah aku dah sihat sepenuhnya. Haha. Dah lama dah citer ni. Bila teringat balik, rasa macam tak percaya aja aku boleh kena. Tapi memang dah Allah tetapkan benda tu nak jadi, maka jadi lah ia. 

Actually aku rasa banyak lagi ni. Tapi aku dah lupa lah. Aku highlight mana yang aku rasa akan terkenang perkara-perkara ni sampai bila-bila. Okey entri seterusnya nanti, aku akan update pasal apa yang aku nak capai dan buat sempena tahun baru nanti. Boleh lah at the end of this year, aku baca balik entri tu dan highlight sama ada aku dah capai ke belum matlamat tu. Will see you again.

HAPPY NEW YEAR 2014!!



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images