MY 2014 BEAUTY WISHLIST!!

5:08 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Aku seorang yang cepat terpengaruh dengan make-up, skin care, fashion and foods. Bila dah cepat terpengaruh tu automatik rasa macam nak beli je kan. Dah lama aku bercadang nak tambah koleksi mekap aku ni dan sekarang ni aku perlahan-lahan tengah collect one by one. 

Untuk entri kali ni aku just nak share dengan korang My 2014 Beauty Wishlist atau dengan maksud lain ialah My Make-up Wishlist for 2014. Dah bercadang nak beli dalam masa terdekat ni sebab memang nak sangat cuba mekap yang aku suka ni.

Tak kan lah bila sekali pandang aku terus nak beli (wal hal pernah terfikir macam ni). Aku mesti akan baca review orang dulu. Best ke tak foundation ni. Tahan berapa lama? Pigment ke tak eyeshadow yang aku nak beli ni? Bedak ni boleh bagi muka aku nampak flawless ke? Semua aku search baik buruknya, harga, mana nak beli dan sebagainya.

So, here it is:


REVLON COLORSTAY FOUNDATION


Dah lama nak try foundation ni. Sebab ramai orang kata best. See? Bila ada orang cakap best, automatik aku pun cepat terpengaruh. Haritu dan cuba swatch kat satu farmasi kat Tesco ni, apa yang dapat aku katakan tekstur foundation ni likat sikit tapi tak watery sangat. Susah nak explain. Tak reti aku. Lepastu bila aku blend, nampak rata je tau. Bau dia sedap gak dan tak teruk sangat. Boleh diterima lah bau dia tak macam sesetengah foundation yang lain. Tak sabar nak beli dan cuba sendiri. Buat pakai harian ke kan.


REVLON COLORSTAY POWDER FOUNDATION


Nak cuba bedak dari Revlon ni sebab finishing dia nanti flawless. Ramai orang suka pakai bedak ni. Okey lagi sekali aku terpengaruh. Why not I give it a try? Sebab aku pun sedang mencari bedak muka yang kasi sapuan nipis dan rata. Flawless gitu sebab bedak yang aku pakai sekarang ni nampak macam cakey sikit. Aku pun dah tak tahu macam mana nak elak benda ni. Kena belajar tricks lagi ni.


REVLON COLORBURST MATTE BALM STAIN


Weee..... Yang ni tersangat lah suka. Revlon Matte Balm ni baru lagi tau. Aku suka lip stain ni sebab firstly is the colours.!! Warna fevret aku kat sini ialah Standout (merah gila), Audacious (oren memukau), Striking (peach orange), Unapologetic (pink). Actually semua warna dia lawa-lawa. Rasa macam nak ada semua pulak kan. Tapi tak boleh sebab takut tak pakai sangat, membaziaq. So, empat warna ni lah aku suka. Pic credit to http://www.etcllymlrs.com/2013/11/revlon-colorburst-crayon-matte-balm.html. Please click this link to read the swatches. Really, really an awesome review. Thumbs Up.


SLEEK BLUSHES


Attention ladies, if you are a fans of blushes, then this might be your bestfriends. Why I love this? Because of the pigmentation and the colours is tip top. Eventhough I don't own this but I know you can work the best for us, Sleek. With the reasonable price, I think it is worth to have this in my collection. The shade that I already fall in love is, Pomegranate, Rose Gold, Pixie Pink and Sunrise. The three shades that I mentioned has a little bit of shimmers except the Pixie Pink which is matte finish. The bad thing is, it is hard to get or buy this in Malaysia.

Susah nak cari kat farmasi sebab memang tak ada jual pun. Except if you buy it online. Memang perasan ada lah beberapa FB shop yang amik pre order blusher ni. Aku pun tengah fikir kat mana lagi aku boleh beli blusher ni selain Colour Cosmetic. Yep Colour Cosmetic memang website pertama pilihan aku tapi tak cukup shade macam kat atas ni dan warna fevret aku pun cuma Sunrise je yang ada. Sila restock cepat-cepat ya Colour Cosmetic. Saya bergantung pada awak sahaja tau. Pic credit to http://www.solonelyingorgeous.com/2011/08/blushing-for-sleek-makeup.html.


NAKED PALETTE BY URBAN DECAY


Aku memang nak sangat ada satu palette dari Urban Decay ni. Paling suka antara empat yang lain ialah yang original ni sebab warna dia cantik sangat. Tambahan pula ramai beauty bloggers dalam Malaysia mahupun luar negara ada satu dalam koleksi dorang. Tak boleh jadi ni, aku mesti kena ada satu dalam koleksi ni.


REVLON COLORSTAY CREME GEL EYELINER


Aku peminat setia eyeliner. Tak kira lah apa jenis eyeliner pun semua aku reti pakai. Bagi lah jenis gel ke liquid ke atau formula lain semua akan aku try. Suka tukar-tukar eyeliner ni tapi paling tak suka kalau eyeliner tu tak hitam. Maksudnya warna hitam dia tu tak menyerlah. Macam kelabu-kelabu gitu. Tak suka. Aku tengah tunggu Maybelline HyperSharp Liner habis dulu baru aku beli yang Revlon punya. Untuk pengetahuan korang, aku paling suka pakai gel sebab senang betul nak garis kat mata ni ha. Alah, senang citer semua jenis eyeliner lah best. Janji hitam pekat atau kaler lain ke mesti warna dia pekat, lepastu tak comot dan senang dipakai and waterproof. Wohoo..


Aku dah cadang nak beli semua ni dalam masa terdekat. Boleh buat pakai harian kan. Lepastu boleh lah review untuk korang kat sini. Okey lah. Aku nak stop kat sini dulu lah. Will see you again.



You Might Also Like

2 comments

  1. Hi.. Saya pun suka Sleek MakeUp Blush. Sekarang baru ada 3 je. Hehe. Saya suka beli di Luxola. Harga murah kalau ada sale. Kena rajin tengok website Luxola. Urban Decay Naked pun best! Memang tak rugi beli. Revlon Colorstay Foundation antara foundation best dan Revlon Colorburst Matte Balm pun best. Semua la best. Haha.. :)

    www.allaboutmeputeripanda.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Puteri, wah..semua Puteri cakap best2 ek..x sabar nak beli ni lagi2 4 items yg Puteri sebut ni..Macam mana kita nak tahu bila Sephora ada buat sale ek?

      Delete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images