RAINBOW COOKIES!!

3:00 pm

Assalamualaikum semua..


Harini kita nak citer pasal rainbow cookies!! Berdasarkan entri disini, aku ada bagitahu korang yang aku teringin sangat nak makan cookies kan dan salah satunya ialah biskut misai kucing a.k.a rainbow cookies yang aku nak review hari ini. Finally, dah beli pun. Alhamdulillah memang rezeki aku. 

Tapi aku tak beli dekat FB pun. Kebetulan tempat aku belajar ni kat Unisel dorang ada buka meja jual macam-macam contoh makanan, baju-baju, tudung, dan banyak lagi (tapi tak meriah macam sem-sem lepas). Dari tepi tu terjeling kat sebelah yang lorong orang lalu-lalang (kalau korang pelajar Unisel Shah Alam korang akan tahu meja yang dorang bukak tu depan kedai fotostat) ternampak biskut warna pelangi ni. 


Inilah rainbow cookies tersebut! Cantik tak? Warna-warni ni lah yang memikat hati aku untuk cuba tau. Aku beli dengan harga RM 15 bersamaan dengan 30 keping. 


Sebelum makan haruslah ambil gambar dulu. Buat kenang-kenangan. Muahaha.


Pabila sudah dibukak penutupnya. Humm..sedapnya bau butter..


Selain saiz yang ini, dorang ada jugak jual saiz besar iaitu 50 keping berharga RM 25. 


Close-up. Alahai cantiknya. 


Masa untuk makan! Biskut ni nipis tau. Memang saiz dia macam tu so boleh terasa dia punya rangup tu. Serius sedap. Rasa butter yang menyelerakan. Ada rasa lemak-lemak masin gitu.


'No smoking'! Eh tetiba pulak kan. Haha.. Snap dalam kereta kawan.


Nak beli kat mana? Meh aku kasi link. Korang boleh dapatkan rainbow cookies ni kat Da Cupcakes Sisterz. Biskut ni memang sedap. Siang tu aku beli, malam tu jugak habis. Rasa sayang nak habiskan sebab sedap dan cantik biskut ni. Tapi kalau tak habiskan lagi lah sayang.


Ni gambar dari Facebook cookies ni. Sungguh nampak menyelerakan.


Selain rainbow cookies, dorang ada jual Almond M&M chocolate cookies gak. Lepastu tak silap aku, pretzel pun ada jual. Pretzel benda last aku nak cuba. Lepastu complete lah My Cookies Wishlist. 


Apa-apa hal kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila lah klik kat link yang aku bagi tadi. Ada macam-macam jenis lagi yang dorang jual iaitu cakes, cupcakes, pavlova dan banyak lagi lah. 


p/s: Aku tak dibayar tau untuk tulis entri ni. Aku just nak share dengan korang yang aku suka sangat dengan cookies ni dan recommended kat korang sekiranya korang tercari-cari kat mana nak beli.


Till then..



You Might Also Like

2 comments

  1. Mahalnya rm15 30keping???? Saya jual baru rm5 30keping.. Sama mcm tu... Balang besar 140keping rm28.. Alhamdulillah ramai repeat order.

    @whatsapp 0126934677 yana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? Thanks awak. nanti kalau kita nak beli kita wassap awak..

      Delete

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images