MY MAKE-UP BRUSHES WISHLIST!!
4:44 pmAssalamualaikum semua.
Phew. Lamanya ku tinggalkan blog ini. Rasa macam terbiar pulak blog ni. Sorry semua.
Aku suka mekap. Bila nak bermekap ni selain menggunakan jari, kita mesti lah guna berus kan? Well today, aku nak share sikit satu jenama berus mekap yang aku suka baru-baru ni. Ni suka pun sebab terpengaruh okey. Aku namakan ia sebagai My Make-up Brushes Wishlist (asyik wishlist je). Kenapa tetiba aku nak beli berus eh padahal sebelum ni macam tak kesah aje.
Sebab bila aku tengok tutorial mekap kat youtube, I noticed that, ramai youtubers, dorang mekap guna berus yang pelik-pelik bagi aku, yang tak pernah aku dengar kekdahnya. Dari situ rasa tertarik nak kenal lagi mendalam (mendalam kau, kelassss). Apa kebendeanya blending brush, kabuki brush, stippling, syntethic dan semuanya lah.
Dalam banyak-banyak brand yang aku tengok, aku paling tertarik dengan Sigma Beauty brushes! Dulu, tak berapa nak kisah sangat dengan Sigma ni semua. Bila blogger Wiida bagitahu yang dia suka sangat dengan brushes dari Sigma ni, aku jadi tertarik tau. Betul ke best? Lepastu start lah research semua.
Aku paling suka yang ini! Sigma Beauty Make Me Classy Essential Kit. Aku suka sebab brush set ni paling complete yang pernah aku jumpa. Kalau lah aku dah ada brushes set ni, aku dah tak nak pandang bruhes lain dah. Sangat-sangat complete.
Dah disediakan sekali dengan bekas nak letak brushes tu nanti. Bagus kan dorang. Tak payah lah susah-susah nak cari container lain. Suka betul lah tengok set ni.
Lagi satu, aku ada berkenan dengan brush set yang ini:
Cer tengok yang ini pulak.
It is Sigma Beauty Kabuki Kit 5 Brush Set! Aku tertarik jugak tengok yang ini walaupun aku tak reti guna kabuki ni. Memang lebih sesuai untuk powder ke? Nanti lah aku search.
Bukan setakat warna hitam je yang ada, warna lain pun ada. Tapi aku paling suka hitam lah. Motif suka? Entah lah tak tahu. Memang dah biasa dengan warna hitam kot. Tapi aku tak nafikan yang warna lain pun cantik jugak. Macam ini:
MRS. BUNNY ESSENTIAL KIT
comelnya alahai. Tapi dengar citer yang kaler pink tu limited edition. Yang permanent warna silver dan pemegang dia maintain baby blue.
MAKE ME BLUSH ESSENTIAL KIT
Haritu tengok yang ini, mata ni terbeliak kejap. Fuyoo, warna merah beb siapa tak suka. Ni first time aku tengok brushes warna merah tau walaupun aku tahu jenama lain mesti ada punya, tapi aku perasan yang ini dulu. Dengar kata limited edition jugak. Entah lah wei.
MAKE ME COOL ESSENTIAL KIT
comel betul lah warna dia. Siapa yang suka warna baby blue/aqua then you may try this.
MAKE ME CRAZY ESSENTIAL KIT
kali ni warna purple pulak. Sangat cantik lah warna dia. Nasib baik lah semua berus sama aja cuma beza warna. So far, lepas dah baca review orang, semua suka. Berus dia lembut, senang nak blend kat muka, boleh kasi sapuan rata dan senang citer sume bagus-bagus lah.
Tapi dia agak pricey sikit lah. Aku dah cek kat satu website ni dan harga dia memang rasa nak tercekik. Tapi kalau dengan harga tu kau boleh dapat kepuasan atau apa yang kau harapkan dari kualiti dia tercapai, agak berbaloi lah bila kau invest beli benda ni. Tapi try cari online shop yang lain ya, yang boleh bagi harga murah sikit.
Tapi kalau korang tak nak beli yang essential kit ni pun tak apa sebab dia ada yang travel kit punya. Beza essential kit dengan travel kit, saiz travel kit kecil sikit kalau tak silap dan travel kit hanya ada 6 berus sahaja banding dengan essential kit yang besar sikit dan ada 12 berus.
Ni lah travel kit tu. Berminat? Sila lah lawat ke website Luxola Malaysia.
Nanti nak belajar lah guna berus-berus ni semua. Berus mana satu untuk apply foundation, nak apply blusher, nak contour hidung, pipi, nak set powder dan sebagainya. Sudah tentulah Youtube, website yang perlu kutuju. Need to saving some of money to buy this in future. Nak tanya pendapat korang ni, mana satu yang patut aku pilih?
HAVE A NICE DAY
2 comments
Minat Sigma juga tapi harga boleh tahan. Haha. Saya agak menyesal tak beli Sigma Kabuki Kit 5pcs tu semasa Luxola ada sale dulu. Saya beli yang Sigma Kabuki Kit 4pcs je, F88 Flat Angled tu tiada. Saya suka Mrs. Bunny Essential Kit warna biru pink tapi dah tak jual dah. T-T. Selain Sigma brushes, saya suka Real Techniques brushes. Best! :)
ReplyDeleteBiasanya kat IG ada jual.
ReplyDelete