ALMOND CARAMEL CRUNCHY MEMANG SEDAP!!

6:09 pm

Assalamualaikum semua.


 Daripada haritu lagi teringin nak makan almond crunchy ni dan akhirnya dapat juga beli. Semalam saja lah jalan-jalan kat SACC Mall dengan kawan. Naik tingkat tiga betul-betul depan eskalator, nampak dorang ada bukak meja kecik jual macam-macam. Kedai ni jual jubah, kedai tu jual tudung.

Mula-mula terpandang kan genie bra sebab kat Facebook, Owner Dian Pixy ada jual genie bra. So semalam masa tengok live mende tu, "Oh nilah rupa genie bra yang kak Dian jual tu". Jeling sebelah, perasan lah meja sebelah pulak jual cookies. Tertarik beb. Tu yang terus pergi sebelah tu. Sebab dah nampak Rainbow Cookies yang memang aku nak try dari dulu gak. 

Tengah tengok-tengok sekali terpandang kan almond crunchy ni. Hoho. Kesukaan kejap disitu. Dia jual RM 30 je. Try rasa dan memang sedap nok. I suka. Tanpa fikir panjang terus beli. Sebab nak sangat makan mende tu. Sebelum ni aku ada updated yang aku teringin sangat nak makan crunchy ni. Baca sini.

Sorry lah gambar tak ada. Sebab dah habis makan dah pun. 1 hari je boleh habis makan almond tu.



Ni lah rupanya. Sebijik yang macam aku beli semalam. Sekarang dah habis dah pun. Nanti nak beli lagi lah. Pic credit to http://www.mywisewife.com/bake-caramel-almond-flakes-cookies-recipe-for-festivechinese-new-year.html.

Sila lah klik link ni for the recipe!

Rasa dia memang sedap gilos okey. Aku sampai sekarang teringat-ingat lagi dia punya kesedapan tu. Rasa badam yang disaluti karamel. Tak manis sangat and just nice. Kawan-kawan aku pun suka mende ni sebab sedap kan. Korang patut cuba tau.

Selain kat atas ni, ada orang letak kuaci sikit,



Ada yang salut dengan coklat:



Mak aih.. Semua sedap-sedap. Tempat yang aku beli semalam tu ada gak yang jual almond letak kuaci tu. Try rasa semalam, rasa dia memang sedap pun. But my favourite, yang aku beli tu lah. Kalau korang nak beli, better korang pergi secepat mungkin. Sebab aku tak yakin yang dorang akan jual lama kat situ. Mungkin esok-esok dah tak ada jual dah. Kat tempat macam tu memang dorang sewa tapak kejap nak berniaga. So, cepat-cepat pergi tau kalau nak rasa. Dia ada jual macam-macam biskut lagi. Tart nenas pun ada. Nanti korang jangan marah aku pulak kalau kedai tu dah tak ada.


HAVE A NICE DAY!!





You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook

Flickr Images